Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2017

RESEPI DAGING MASAK HITAM AIR TANGAN UMMI

Imej
Resepi : Daging Masak Hitam Bahan-bahan : 1 kg daging (dipotong nipis) 3 ulas bwg merah (dihiris) 2 tangkai daun kari 2 ulas bwg putih (dihiris) 3 kuntum bunga lawang 2 inci kulit kayu manis 1/2 cawan kicap pekat air asam jawa secukupnya garam secukup rasa Minyak masak untuk menumis Bahan Kisar 4 biji bwg besar 3 inci halia 4 ulas bwg putih 20 biji cili kering 1 sudu kecil jintan manis 1 sudu kecil jintan putih Cara Memasak : 1. Panaskan minyak masak. Tumis bahan hiris,daun kari, bunga lawang & kayu manis hingga wangi. Masukkan bahan kisar & tumis hingga garing & terbit minyak. 2. Masukkan daging, air secukupnya & renih sehingga daging empuk. Masukkan kicap pekat, air asam jawa & garam secukup rasa. Biar kuah agak pekat & secukup rasa. Bila daging cukup empuk bolehlah hidangkan. (sekiranya daging tak cukup empuk... boleh tambahkan lagi air & masak lagi hingga kuah agak kering) Selamat mencuba Jika anda suka resepi ini, jemput SHARE dan KOMEN, insyaAllah Ummi

1001 KEGUNAAN CUKA UNTUK MEMBERSIHKAN PERKAKASAN RUMAH YANG PASTI MENJIMATKAN ANDA

Imej
CUKA OHH CUKA! Rupa-rupanya banyak betul manfaat #CUKA untuk membersihkan perkakas rumah kita. Ada 25 petua kat bawah ni yang boleh kita cuba. 1. Masalah singki atau tombol paip ‘chrome’ yang diseliputi daki putih seperti kapur. 📌Sental menggunakan bahan campuran 2 sudu besar ‘garam’ dan 1 sudu kecil ‘cuka’. 2. Membersihkan meja atau ‘Counter Top’ dan membuatkannya berbau harum semula. 📌Lapkan dengan kain yang telah direndam dalam cuka pekat. 3. Membersihkan dan mewangikan saluran paip singki dan lubang paip lantai. 📌Tuangkan 1 cawan baking soda, kemudian 1 cawan cuka panas. Biarkan selama 5 minit dan akhir sekali tuangkan air panas. 4. Menghilangkan bau pada tong sampah atau tempat pengumpulan sampah 📌Tuangkan sehingga rata ½ cawan Serbuk-penaik (baking soda) dan ½ cawan cuka. Biarkan selama 5 minit dan bilas menggunakan air panas. 5. Cuci Microwave oven. 📌Campurkan ½ cawan cuka dengan ½ cawan air dalam mangkuk mesra microwave. Didihkan campuran itu di dalam microwave oven sehin

RESEPI NASI GORENG TELUR MASIN VIRAL SWEET SOUR

Imej
Resepi nasi goreng special ni admin dpt dari group "MASAK APA HARI INI" moga bermanafaat dan dihalalkan. Share la, admin dh cuba masak, memang sedap! BAHAN2: 2 Biji telur masin 2 cawan nasi sejuk 2 ulas bawang putih 3 sudu besar minyak masak 1 sudu besar mentega Beberapa ekor udang segar atau isi ayam 1/2 cawan daun bawang - di potong pendek 2 biji cili padi - sila tambah jika suka pedas Cara menyediakannya: 1. Rebus telur masin, kupas dan hancurkannya dengan garfu. 2. Panaskan kuali, masukkan 2 sudu minyak masak dan bawang putih dan kacau hingga wangi. Masukkan nasi dan kacau sebentar. Angkat dan masukkan kedalam pinggan. Ketepikan seketika. 3. Masukkan lagi 1 sudu besar minyak masak di dalam kuali tadi, goreng udang/ayam hingga kekuningan. Ketepikan seketika di pinggir kuali. 4. Perlahankan api dapur, masukkan mentega (tidak perlu tunggu hingga mentega cair sepenuhnya) dan masukkan telur masin yang di hancurkan tadi. Masak hingga telur agak berbuih. Masukkan juga cili padi.

RESEPI KUIH BUAH ROTAN RANGUP

Imej
Resepi sedap ni memang terbaik, mudah dan sedap! Share la ya.. blh buat utk raya nti: Bahan: 1. Tepung pulut (1 1/2 cawan) 2. Santan (1 cawan) 3. Bijan (1/2 cawan) 4. Gula (1/2 cawan) 5. Garam (1/2 sudu teh) Cara penyediaan: 1. Campur santan, gula dan garam. Masak dengan api kecil. Kacau supaya santan tak berketul. Masak hingga gula hancur. Kemudian tutup api dan biar sejuk. 2. Bila santan benar-benar sejuk, curah sedikit demi sedikit ke dalam tepung. 3. Gaul rata hingga menjadi doh. 4. Ambil adunan doh sedikit dan bentukkan menjadi bebola kecil. 5. Salut rata bebola bersama bijan. 6. Goreng hingga garing dan bewarna coklat. Ia akan terapung di permukaaan minyak bila masak. 📸Berminat viralkan perniagaan anda? PM admin. ✔️Share dan tag kawan2

RESEPI DAGING BAKAR PERAP BERSAMA SOS PEDAS THAI MERECIK HAWAU

Imej
Resepi daging bakar perap bersama sos pedas thai Resepi ini telah dikongsikan oleh sis mrs.mamacz melalui instagram resepi sedap (Daging perap) sos tiram/kicap manis/sos ikan/serbuk blackpeper/ perap sekurang2nya sejam . kakton suka goreng dengan sedikit minyak dulu sebelum bakar bagi lembutkan daging , goreng sampai masak isi lepastu bakar . (Sos pencicah) Sos maepranom(sos ayam thai) cili serbuk thai sos ikan asam limau nipis sebiji gula 1 sudu bawang besar hiris daun ketumbar hrini kakton guna daun sup

RESWPI BISKUT ULAT SAGO, VIRAL 2017

Imej
Katanya Biskut Ulat, biskut raya viral tahun nih.. Jom try..Comel ke comel...share klu suka.. 😁 Bahan2 1/2 cwn butter 1/4 cwn susu pekat 1/2 sk esen vanila 1+ 1/2 cwn tepung jagung Coklat cip Cara2 1. Sebatikan butter dan susu pekat. Pakai senduk kayu je. 2. Masukkan esen vanila. Sebatikan. 3. Masukkan tepung jagung. Uli sbati bagi doh tak lekat kt tangan. Boleh adjust sdiri ye sukatan tpung. 4. Gentel dan bentukkan macam ulat. Tak pakai acuan. 5. Letak coklat cip. 6. Bakar suhu 150° selama 20 minit. Ikot oven masing2. #share

PERBEZAAN JENIS TEPUNG BERAS, JANGAN HENTAM GUNA SAHAJA

Imej
Selepas ni jangan tersilap beli tepung beras yee.. TEPUNG BERAS -------------------- Ada pelbagai jenis tepung beras.. pasti ada yg tak terfikir apa bezanya...bagi kita asal tepung beras semuanya sama Ada 3 jenis tepung beras yg berlambangkan gajah..tepung beras biasanya asal di perbuatkan dari negara thailand... Pasti ada yg tak perasaan kan Hari ni kami akan terangkan apa fungsi tepung beras mengikut lambang gajah yg ada TEPUNG BERAS CAP 1 GAJAH *Sangat sesuai untuk mengoreng..seperti buat adunan utk goreng pisang..keledek...keladi..cempedak...adunan gorengan ikan...seperti goreng mamak..goreng berempah... *tepung ini sangat ranggup *sesuai untuk buat rempeyek..dan tumpi kacang hijau@dhall TEPUNG BERAS CAP 3 GAJAH *sangat sesuai untuk kuih2 tradisional seperti contoh kuih kuci...kuih apam beras eno...dan pelbagai lagi jenis kuih *ia menghasilkan kuih yg lembut dan berkilat TEPUNG BERAS CAP 5 GAJAH *sesuai untuk membuat mee laksa dan pelbagai jenis mee *sebab ia lebih kental TEPUNG BE

SUAMI PENDIAM, BERSUSAH PAYAH MENCARI REZEKI, KELUAR PAGI BALIK PETANG

Imej
Sumber : iium Kasihani Suami Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Trimas admin kalau publishkan cite aku ni. Aku seorang isteri dan apa yang aku nak ceritakan adalah tentang pengorbanan seorang suami. biasa kita dengar pengorbanan seorang isteri, ibu dan ayah kan? So jom baca cerita aku. Aku ada seorang suami. suami aku ni kalau tengok dengan mata manusia biasa, biasa2 saja orangnya. takde apa yang menarik pun di mata korang, tapi menarik di mata aku. sebab apa? sebab peribadi beliau. Bila aku nak mula menaip ni je, mata aku dah semacam bergenang dengan air mata. Suami aku ni tak seperti suami orang orang lain, kerja beliau adalah dari pagi, hingga ke lewat malam. kadang2 tu sampai ke pagi semula. angkat barang2, memandu jauh2, kadang2 menghadap kepanasan matahari di tengah2 aku berada redup dalam rumah. Sejak kami kawin dan sampai sekarang, kulit muka suami aku makin hari makin gelap. di bawah mata suami aku makin hitam tanda tidur yang tak cukup, rambut beliau makin hari makin

RESEPI AYAM MASAK HITAM MERAH SWEET SOUR

Imej
Ayam Masak Hitam Bahan bahan: 1/2 ekor ayam 10 tangkai cili kering 3 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih Halia besar ibu jari 1 biji tomato 🍅 potong potong suka hati(buat hiasan) 1 biji bawang besar potong suka hati (buat hiasan) kicap manis secukup rasa(saya guna kicap kipas udang) Rempah untuk menumis (pelaga, bunga lawang, kayu manis) Cara Memasak Ayam Masak Hitam #1:kisar bawang merah, bawang putih, cili kering dan halia #2: ayam potong sederhana gaulkan dgn serbuk kunyit dan garam sikit dan goreng separuh masak #3: panaskan minyak dalam kuali dan masukan rempah tumis dan bahan kisar no#1 biar sehingga pecah minyak. #4: masukan ayam goreng tadi tambahkan kicap manis secukupnya. kemudian tambahkan air 1/2 cawan dan tutuptudung periuk dan biar sehingga mendidih. #5: masukan gula, garam secukup rasa, tomato, dan bawang besar dan apabila kuah dah pekat matikan api dan siap untuk dihidangkaan. Daging pon sedap masak macam ni 😋😋😋 resepi ini telah diambil dari fb ‎Nana Azuwan‎ melal

RESWPI LENGKAP NASI TOMATO DAN AYAM MASAK MERAH UNTUK YANG INGIN MEMBUKA PERNIAGAAN MAKANAN

Imej
RESEPI NASI TOMATO DAN AYAM MASAK MERAH Salam semua..arini berkesempatan buat nasi tomato pula dgn ayam masak merah. Sgt la puas dapat makan masak sendiri..seperiuk ngadap!! Hopefully resepi ini dapat uolls gunakan utk hidangkan buat keluarga. Let's cooking... Bahan2 nasi tomato: 4 cawan beras basmati 1 batang kayu manis 2 biji bunga lawang 3 biji buah pelaga 5 biji bunga cengkih 1 biji bawang besar ( cincang halus ) 3 ulas bawang putih ( hiris ) 1 inci halia ( hiris ) 1 biji tomato ( kisar ambil 2 sdb paste ) 3 sdb tomato puree tin 2 sdb minyak sapi 1 kiub pati ayam larutkan dlm 5 cawan air 3/4 cawan susu cair evaporated 1 helai daun pandan disimpul Sedikit perasa ( garam ) Bahan tambahan nak tabur atas nasi ( bawang goreng, daun sup n kacang gajus ) Sapa suka kismis bole letak kismis juga semasa nasi di masak Cara : 1. Tomato yg sebiji tu kisar..nanti nk gunakan 2 sdb. 2. Larutkan 1 kiub pati ayam dlm 5 cawan air panas. Ingat..utk dapatkan nasi yg cantik..guna sukatan cawan yg

RESEPI HOMEMADE BEBOLA AYAM CHEESE TERLAJAK LELEH

Imej
:Resepi Homemade Bebola Ayam Terlajak Leleh::: Bahan-bahan [+] Dada Ayam (dicincang atau kisar menggunakan blendar) [+] Lobak merah [+] daun bawang (depend kalau x suka x payah letak) [+] Sebiji bawang merah (dicincang) [+] seulas bawang putih (dicincang) [+] garam secukup rasa [+] 1 sudu sos tiram [+]1 sudu lada hitam (ditumbuk halus) [+] cheedar cheese (potong dadu) [+] serbuk roti Cara penyediaan: 1) campur bersama Ayam, Lobak merah, daun bawang, sos tiram,garam dan lada hitam. Gaul sebati. 2) Bulatkan adunan (saiz terpulang kepada citarasa) 3) Setelah itu, tekan bagi leper aduanan yang dibulatkan and letakkan cheese. 4) Oleskan bebola kedalam serbuk roti 5) Siap dan boleh digoreng :) Kredit Resepi: Liana Ahmad Selamat Mencuba!

RESEPI PAPRIK AYAM ALA THAI YANG SEDAP DAN MUDAH!!

Imej
RESEPI PAPRIK AYAM ALA THAI YANG SEDAP DAN MUDAH!! Try la.. Sedap ni, share cpt!!! AYAM PAPRIK Bahan-bahannya: 4 ketul ayam - dihiris kecil 2 helai daun limau purut - disiat-siat bunga kobis - dihiris kecil 2 biji putik jagung - dihiris serong 1/2 biji karot - dihiris serong 2 biji kacang panjang - dipotong 1 inci 2 ulas bawang putih - dicincang halus 1 biji bawang besar - dibelah dua dan dihiris bulat kasar 1 biji cili merah - dihiris serong 11 biji cili api - dipecah-pecahkan aje 2 sudu makan cili kering kisar 2 sudu makan cili sos 2 sudu makan tomato sos 1 sudu makan sos tiram garam 1 cawan air Cara-caranya: Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan semua sos. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan isi ayam. Kacau rata hingga isi ayam layu. Masukkan air. Masak hingga mendidih. Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Kacau rata. Masukkan semua bahan hiris. Kacau rata. Masak hingga sayur empuk. (Kalau

RESEPI CORNFLAKES CRUNCHY COOKIES

Imej
Resepi cornflakes crunchy cookies - 1 3/4cwn gandum - 1/4 cwn tepung jagung - 1/2 sudu teh baking powder - 2 cawan cornflakes ramas kasar - 200g butter (suhu bilik) - 3/4 cwn gula kastor - 1 biji kuning telor cara cara Gula dan butter di pukul dalam 5 minit... Boleh guna whisk dan masukkan telor Kemudian masukkan Campuran tepung dan cornflakes serta Baking powder Gaul sebati Panaskan oven terlebih dahulu 170 selama 10 mnt Sapu nipis permukaan loyang dengan butter Sudukan sedikit adunan pada loyang dan buat sampai habis Bakar selama 15-20 minit guna api atas bawah...

KENALI TANDA-TANDA MUDAH MALAM LAILATUL QADAR YANG AMAT DI CARI OLEH UMAT ISLAM SELURUH DUNIA

Imej
Berikut adalah tanda malam lailatul qadar: 1. Udara dan angin sekitar terasa tenang. Tanda ini didasarkan pada hadits yang diriwayatkan Ath Thoyalisi. "Dari Ibnu Abbas RA berkata, Rasulullah SAW bersabda, 'Lailatul qadar adalah malam yang penuh kelembutan, cerah, tidak begitu panas, juga tidak begitu dingin, pada pagi hari matahari bersinar lemah dan nampak kemerah-merahan.” Haytsami mengatakan periwayatnya adalah tsiqoh atau terpercaya. 2. Malaikat menurunkan ketenangan sehingga manusia merasakan ketenangan dan kelezatan dalam beribadah. Tidak seperti ibadah pada hari-hari lainnya. 3. Manusia dapat melihat malam ini dalam mimpinya seperti terjadi pada sebagian sahabat Rasulullah SAW. 4. Matahari terbit dalam keadaan jernih pada pagi harinya, tidak ada sinar. "Dari Abi bin Ka’ab, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang artinya, 'Subuh hari dari malam lailatul qadar matahari terbit tanpa sinar, seolah-olah mirip bejana hingga matahari itu naik'."

RESEPI APAM BALIK HOMEMADE YANG MUDAH

Imej
Apam Balik Bahan-bahan untuk apam balik: 2 cawan tepung gandum 1/4 cawan gula 1 sudu teh soda bikarbonat 1 sudu teh baking powder 1 biji telur 1 1/2 cawan susu full cream atau susu cair 1/2 sudu kecil garam sedikit pewarna kuning Sedikit minyak, untuk disapu pada kuali Bahan-bahan untuk di tabur: sebuk kacang tanah (goreng tanpa minyak dan kisar kasar) 1 tin jagung krim gula pasir secukupnya Cara Penyediaan: Cara-cara untuk apam balik: Ayak tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan garam. Pukul telur bersama gula sehingga sebati. Masukkan susu dan pewarna kuning. Teruskan kacau sehingga sebati. Masukkan bahan ayak dan kacau sehingga adunan tepung menjadi licin dan tidak berketul. Perap selama 1 jam. Panaskan kuali non stick dan ambil tisu atau kain bersih. Lap permukaan kuali dengan minyak cukup sekadar lapisan nipis di permukaan. Tuang adunan anggaran satu senduk lebih. Biarkan seketika sehingga gelembung udara naik. Tabur sedikit gula, jagung dan kacang tanah. Lipat dan angka

ISTERI CURANG DENGAN ARKITEK, KETIKA SUAMI PENAT BEKERJA UNTUK KELUARGA

Imej
Hari ini aku harus berterus-terang. Luahkan segalanya pada suami. Aku nak minta dia lepaskan aku. Ceraikan. Ding! Mesej masuk di Whatsapp. “Awak jangan risau. Saya janji akan bahagiakan awak. Kuatkan hati, kuatkan tekad. Tak guna hidup bersama kalau dah tak cinta.” *gambar sekadar hiasan* Mesej dari pemuda yang sudah 6 bulan ku kenali. Tua dua tahun dariku. Bermula kenal dari Instagram bisnes tudungku. Dia tawarkan diri untuk jadi jurugambar professional. Kerja sebenarnya, arkitek di sebuah syarikat ternama. Hasil dari gambar-gambar cantik yang diambilnya, bisnes tudung makin bertambah maju. Dalam masa 4 bulan, sudah mampu bayar deposit kereta baru. Dari hanya bisnes, akhirnya hubungan kami jadi rapat. Suamiku langsung tiada syak wasangka. Sangkanya cuma rakan perniagaan. Suami sendiri kenal pemuda itu. Malah, dia sendiri yang hantar dan ambilku ke studio untuk photoshoot. Dalam diam, pemuda itu meluahkan rasa cintanya padaku. Aku pada mulanya berat untuk menerima. Stat

ISTERI CURANG DENGAN ARKITEK, KETIKA SUAMI PENAT BEKERJA UNTUK KELUARGA

Imej
Hari ini aku harus berterus-terang. Luahkan segalanya pada suami. Aku nak minta dia lepaskan aku. Ceraikan. Ding! Mesej masuk di Whatsapp. “Awak jangan risau. Saya janji akan bahagiakan awak. Kuatkan hati, kuatkan tekad. Tak guna hidup bersama kalau dah tak cinta.” *gambar sekadar hiasan* Mesej dari pemuda yang sudah 6 bulan ku kenali. Tua dua tahun dariku. Bermula kenal dari Instagram bisnes tudungku. Dia tawarkan diri untuk jadi jurugambar professional. Kerja sebenarnya, arkitek di sebuah syarikat ternama. Hasil dari gambar-gambar cantik yang diambilnya, bisnes tudung makin bertambah maju. Dalam masa 4 bulan, sudah mampu bayar deposit kereta baru. Dari hanya bisnes, akhirnya hubungan kami jadi rapat. Suamiku langsung tiada syak wasangka. Sangkanya cuma rakan perniagaan. Suami sendiri kenal pemuda itu. Malah, dia sendiri yang hantar dan ambilku ke studio untuk photoshoot. Dalam diam, pemuda itu meluahkan rasa cintanya padaku. Aku pada mulanya berat untuk menerima. Status ‘isteri orang

RESEPI IKAN SIAKAP 3 RASA ALA KELANTAN

Imej
RESEPI IKAN MASAK 3 RASA Bahan-bahan A: ● 1 ekor ikan siakap ataupun bawal (dibersihkan dan dikelar) ● 1 sudu makan tepung jagung (bagi menyalut ikan) ● 3 biji bawang merah ● 1 labu bawang besar (dihiris) ● 2 ulas bawang putih (dihiris) ● 2 inci cili merah (dihiris) ● 2 biji cili merah (dihiris) ● Minyak (Bagi menggoreng ikan) . Bahan-bahan B: (untuk sos) ● 3 sudu makan sos tomato ● 3 sudu makan sos cili ● 3 sudu makan air ● 1 sudu teh gula . Bahan-bahan C: (Sebagai hiasan) ● 1 pokok daun bawang (dihiris) ● 1 biji cili merah (dihiris) ● 2 biji tomato (dipotong 4) . Cara-cara: 1. sapukan tepung jagung di sekeliling ikan. 2. Goreng ikan menggunakan minyak yang banyak sehingga masak dan kuning keemasan. Angkat dan letakkan dalam pinggan hidangan. 3. Keluarkan minyak dan tinggalkan dua sudu makan minyak bagi menumis bahan yang dihiris sehingga wangi. 4. Masukkan bahan sos dan biarkan mendidih. Kemudian kacau rata. 5. Masukkan bahan hiasan dan tutup api. 6. Curahkan kuah sos di atas ikan. 7

RESEPI ROTI JOHN HOMEMADE MUDAH DAN RINGKAS, JIMAT BAJET LEBIH SEDAP

Imej
Bile bulan puasa roti john antara makanan paling laju kan, so apa kata buat sendiri aje roti john homemade... X pyh susah nk g beli kat bazar ..☺☺☺ RESEPI ROTI JOHN HOMEMADE #HomemadeByRoselyza BAHAN : Roti john/roti oblong (belah tengah) Daging kisar ramly (daging burger pon ok) Bawang merah,cili merah, cili api 2-3biji telur Planta Sos cili Mayonis Thousand island Sayuran : timun, kubis Sedikit garam CARA: 1) satukan telur, daging, dan bawang hiris, cili hiris dan juga garam. Ketepikan. 2) sapu roti dgn planta . Ketepikan. 3) Sapu kuali dgn sedikit planta, masukkan dging tadi dan biarkan dging tu sampai masak. Tekapkan roti tersebut diatas daging tadi. Biarkan sekejap baru diterbalikkan. 4) bila dah masak, baru angkat dan letak sayur dan sos yg ada. Siap dipotong. mudah kan? ☺☺ Kredit: Tengku Roselyza Raja Muhammad

AMARAN!!! JANGAN KELUARKAN DUIT DI STESEN MINYAK, ANDA AKAN DIEKORI

Imej
Bahaya keluar duit kat stesen minyak... Terutama Hari Gaji! Sy parking Modenas sy bersebelahan LC135 yg penunggang dan pemboncengnya pakai full face helmet. Isteri sy ke tandas.. sementara sy beratur di ATM mngeluarkn duit gaji. LC135 tu asyik pandang saja. Sy cepat2 kluarkn wang dr ATM, isi minyak dan tanpa berfikir panjang hidupkan Modenas dan bergerak meninggalkan stesen minyak. Malangnya LC135 tadi mengekori. Sy bawa modenas sy semakin laju dan LC135 tu pun semakin laju sambil pemboncengnya yg berjaket hitam menunjuk nunjuk kearah sy. Adoiiiii....Modenas tak kan dapat melawan kelajuan LC135. Setelah menyelinap masuk ke lorong secara tiba tiba untuk mengelakkan dikejar LC135. Tapi LC135 tu masih mengejar dan membunyikan pulak honnya berkali kali. Secara tiba tiba dah beriringan pulak dgn Modenas sy. Pembonceng belakangnya membuka full face dan menjerit.... "Bang.. bang..!!!!! Isteri abang tertinggal kat stesen minyak tadi!!!!!!!"...

RESEPI KUIH RAYA, BISKUT COKLAT RICE

Imej
BISKUT COKLAT RICE Bahan-bahan: 250gm mentega 140gm gula halus 2 biji kuning telur 480gm tepung gandum 50gm serbuk badam 50gm serbuk coco 2 sudu teh esen vanilla Bahan hiasan: Coklat rice Telur - untuk sapu sebelum tabur coklat rice Cara: 1. Pukul mentega dengan gula halus hingga kembang 2. Kemudian masukkan kuning telur bersama esen vanilla 3. Masukkan serbuk badam, sebuk koko dan juga tepung, untuk tepung masukkan sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi adunan yang lembut, canai dan terapkan dengan acuan yang disukai. 4. Sapu sedikit telur dan taburkan dengan coklat rice di atasnya. 5. Bakar pada suhu 165'C selama 20 minit atau hingga masak.

LAMAN WEB YANG TERBAIK UNTUK MENONTON DAN DOWNLOAD MOVIE PERCUMA ATAU FREE

Imej
Berikut adalah disenaraikan antara laman website yang terbaik untuk anda menonton filem secara percuma tanpa bayaran. Selamat Menonton ye.!!! Laman website untuk download movie boleh layari seperti di gambar dibawah. Untuk dapatkan subtitle atau sari kata dalam semua jenis bahasa, boleh google sahaja di website seperti gambar dibawah. Jika anda rasa bermanfaat untuk orang lain, silakan share kepada rakan2 anda. Klik button share dibawah. Terima Kasih

RESEPI ROTI CARAMEL, DESERT DI MALAM HARI

Imej
sedikit desert utk buka puasa sat g.. Ingat lg x mamy pesan pagi td..balance roti yg dipotong2 slps buat roti sosej jgn buang kan..ni la hasilnya..mamy sempat buat puding roti karamel je...ingat nak buat puding roti marble..agar2 plak xdak.malas nk p kedai..terhasil la 👇👇👇👇👇 PUDING ROTI KARAMEL Bahan bahan: 3 sb gula pasir 1 sb air panas Cara cara: Masak gula di dalam kuali sehingga perang. Masukkan air dan kacau sehingga gula larut. Tuang ke dalam loyang dan ketepikan Bahan bahan Puding 4 keping roti gardenia – carik carik 1 cawan air suam 1 cawan susu cair ½ cawan susu pekat 3 biji telur – pukul sedikit 1 sk esen vanilla Kisar roti, susu pekat, susu cair dan air suam. Masukkan telur dan esen vanilla. Blender lagi. Tuang ke dalam loyang berisi  gula hangus tadi. Kukus selama selama 20-30 minit. Sejukkan sebelum diterbalikkan, dipotong dan dihidangkan. SELAMAT BERBUKA PUASA WARGA MAHN 😃😃

ALLAHYARHAM ZULFARHAN, MANGSA BULI YANG PALING KEJAM DAN TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN OLEH ORANG YANG WARAS

Imej
Kejam, hilang sudah perikemanusiaan PENUNTUT Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, dikatakan dibelasah menggunakan tali pinggang, getah paip dan penyangkut baju sebelum ditekap dengan seterika wap di seluruh badan sehingga parah sebelum meninggal dunia. Bukan itu saja, Zulfarhan yang juga pegawai kadet laut tahun tiga UPNM dipaksa mengaku mencuri komputer riba. Betapa kejam perbuatan pelaku itu seperti diceritakan rakannya yang memaklumkan mangsa diperlakukan sedemikian rupa pada 21 Mei lalu. Menurut rakannya yang enggan dikenali, kejadian berkenaan berlaku selepas Zulfarhan dituduh mencuri komputer riba. Katanya, selepas dibelasah, Zulfarhan dibiarkan sehinggalah pada 27 Mei keadaannya semakin parah. "Dia mengadu badan sakit (selepas dibelasah dan ditekap dengan seterika wap) dan memaklumkan dia dipaksa mengaku mencuri 'laptop' (komputer riba) walhal bukan dia yang lakukan. “Lukanya semakin parah sebelum dibawa oleh

RESEPI KUIH RAYA BISKUT SEMPERIT YANG RANGUP

Imej
Resepi Biskut Semperit Bahan2 : 250 gm butter 2 biji kuning telur 1 cwn gula aising 1 cwn tepung jagung 1 1/2 cwn tepung kastard 2 1/2 cwn tepung gandum 1 sudu teh esen vanilla ceri merah secukupnya (utk 90 - 100 biskut ) Cara2: 1. Kacau butter,gula,telur, & esen vanilla kacau sebati dgn menggunakan senduk kayu 2. Masukkan semua jenis tepung,sedikit2 & uli hingga jadi doh 3 .Terap menggunakan acuan semperit,dan hias dgn ceri merah 4. Akhir sekali,bakar pd suhu 180'c api atas bawah selama 15 -20minit Nota: 1. Sukatan 1 cwn= 100gm 2. Warna tepung kastard memainkan peranan kpd keserian biskut.Ada kalanya tepung kastard bewarna pudar,sy syorkan tepung kastard jenama nona @ bird custard 3. Petua supaya bunga tak jatuh selepas bakar,letakkan aduan yg sudah diterap dibawah kipas biar terkena angin selama 15 minit. Dikongsi Oleh: Siti Hajar Hashim

RESEPI KERABU PUCUK PAKU MASAM MANIS

Imej
Geram jumpa kerang fresh dan sado pagi tadi...terus buat Kerabu Pucuk Paku dengan Tauge....penambat selera lunch hari ni....ratah pun sodap...secukup rasa pedas, masin, manis, masam dengan aroma kerisik dan limau kasturi....yummeh....😁 Bahan Heronya : Pucuk Paku Tauge Kerang rebus Bahan Heroinnya : Bawang Merah (Hiris sebahagian/Tumbuk sebahagian) Cili Merah (Hiris sebahagian/Tumbuk sebahagian) Cili Padi Belacan Bakar Ikan Bilis Perahan Limau Kasturi 2 sdb kerisik Garam & Gula Secukup Rasa Cara Menggabungkan Hero & Heroinnya : 1- Tumbuk Bawang, Belacan dan Ikan Bilis hingga lumat. 2- Hiris bawang dan cili merah. 3- Celur Pucuk Paku dan Tauge. 4- Campur kesemuanya. Tambah kerisik dan perasakan secukupnya. Yummeh...sedap bag hang.. kredit resepi kepada ‎Suzie Saufi‎ via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

RESEPI IKAN PERCIK ALA KELANTAN YANG MUDAH DAN MENYELERAKAN

Imej
Cara buat ikan percik,nampak sedap ni hehe bolehla masak utk berbuka nanti 😌 Boleh ditukar ikan kepada ayam atau daging. Kredit Afini Safien Cara-Caranya baca pada gambar. Selamat Mencuba, sila share.