LOKASI CUTI-CUTI DI MELAKA YANG TERBAIK PILIHAN UTAMA RAKYAT MALAYSIA
Senarai 11 tempat menarik di Melaka yang wajib kau pergi: Melaka dikenali sebagai Melaka Negeri Bersejarah, Melaka Darul Azim atau Negeri Hang Tuah. Melaka telah diisytiharkan oleh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia (World Heritage). Jadi tentu sahaja byk tempat menarik di Melaka : 1. Freeport A’famosa Outlet Village Pada 28th November 2015, Freeport A’famosa Outlet Village telah diperkenalkan yang terletak di Alor Gajah. Dengan lebih dari 80 kedai premium yang terdapat di dalam Freeport A’famosa Outlet Village ini, ia nya akan menjadi syurga membeli-belah untuk pengunjung yang berkunjung ke Melaka yang terletak tidak jauh dari ibu kota Kuala Lumpur. Di Freeport A’famosa Outlet Village ini, lebih daripada 70 kedai premium adalah jenama luar negara yang menawarkan barangan original dan berkualiti dengan harga yang telah diberi diskaun 30% – 70%. Alamat: Freeport A’Famosa Outlet, Jalan Kemus, Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka. Masa Operasi: Setiap Hari: 10:00am – 10:00pm 2. THE Pirate A...