Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel solat

Solat 5 Waktu Di Ciplak Dari Ibadat Majusi Penyembah Api??

Imej
Solat 5 Waktu Ciplak Dari Ibadat Majusi? Saya mendapat komen dari seorang wanita yang mengatakan ibadat solat lima waktu sehari yang dilakukan oleh umat Islam adalah amalan dari ibadat agama Zoroaster atau Majusi. Dia mengatakan: “Kalau nak tahu, sebenarnya solat 5 waktu adalah bukan dari hadis tapi dari ugama Zoroastria. Iaitu ugama Persia. Ugama kelahiran Bukhari, Muslim Termidzi” Perlu diteliti pemilihan katanya adalah dia tidak mendakwa Nabi menciplak amalan ini dari agama Zoroaster seperti dakwaan Tom Holland dalam bukunya The Shadow of The Sword yang mengatakan ibadat solat diciplak dari Zoroaster. Akan tetapi wanita ini mengatakan amalan ini ia bukan dari Hadis. Setelah itu, dia mengatakan amalan solat lima waktu ini berasal daripada agama Zoroaster iaitu agama dari Parsi dan di situ tempat lahirnya ulama hadis seperti Imam Bukhari, Muslim dan Tirmizi. 1) Dia tidak mengatakan secara terang bahawa nabi Muhammad menciplak amalan solat lima waktu ini dari Zoroaster. 2) Dia berfaha...

RUKUN SOLAT

Imej
RUKUN SOLAT Sembahyang sama ada fardhu atau sunat mestilah memenuhi tiga belas rukun yang utama seperti berikut: 1. Berdiri tegak dengan tidak condong atau miring hinggakan sampai ke tahap ruku‘ tanpa keuzuran bagi mereka yang berkuasa berbuat demikian dalam sembahyang fardhu. Dalam sembahyang sunat, berdiri tegak tidak diwajibkan sebaliknya hukumnya hanyalah sunat. 2. Niat dalam hati ketika melakukan takbiratul ihram dengan memusatkan qasad hendak melakukan sembahyang sambil mengingati jenis dan bentuknya sama ada fardhu atau sunat. 3. Takbiratul ihram. Cara takbir dilakukan ialah dengan lafaz . Boleh juga dengan lafaz atau . Syarat-syarat takbir ialah : Ucapan takbir dilakukan semasa dalam kedudukan berdiri. Melafazkan takbir ...

SYARAT-SYARAT SOLAT

Imej
SYARAT-SYARAT SOLAT Syarat dalam sembahyang terbahagi kepada dua iaitu syarat taklif atau dikenali sebagai syarat wajib dan syarat sah atau tunai. SYARAT WAJIB SOLAT Syarat wajib ialah sesuatu yang bergantung kepadanya ketentuan wajib atau tidaknya sembahyang ke atas seseorang. Syarat-syarat wajib dalam sembahyang adalah seperti berikut: 1. Beragama Islam. 2. Baligh. 3. Berakal.  4. Suci daripada haidh dan nifas. 5. Selamat salah satu anggota deria sama ada pendengaran atau penglihatan. Sembahyang tidak wajib ke atas orang yang dilahirkan buta dan pekak. 6. Sampai seruan agama Islam. Sembahyang tidak wajib kepada mereka yang tinggal t...