Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel OKU

LAGI OKU DITAHAN, SI KUDUNG DALANG KES RAGUT, PECAH RUMAH

Imej
BAHAGIAN PENCEGAHAN JENAYAH DAN KESELAMATAN KOMUNITI (BPJKK) IPD TAWAU KOMITED BANTERAS JENAYAH Tawau, 16 Mac 2017 - Usaha PDRM Tawau melalui BPJKK dalam menurunkan jenayah di daerah Tawau menunjukkan keberhasilan dengan penangkapan 3 sekawan yang menjadi dalang kes ragut, pecah rumah dan curi di sekitar Tawau dalam Ops Bersepadu yang dijalankan. Suspek terakhir merupakan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun ditahan petang semalam di Jalan Pantai. Tangkapan tersebut melengkapkan rangkaian geng berkenaan yang dikehendaki pihak polis bersabit kes jenayah yang berlaku di daerah ini. Dua suspek sebelum itu ditahan pihak polis di dua lokasi berasingan. Suspek pertama merupakan seorang lelaki warga asing berumur 26 tahun ditahan di kawasan setinggan Kampung Tawau Lama. Hasil semakan mendapati suspek memiliki rekod jenayah lampau dan merupakan bekas banduan. Suspek kedua pula seorang OKU warga asing berumur 17 tahun yang dikenali dengan nama panggilan 'Si Puntung' (si kudung) oleh ...

JANGAN KERANA DIA, KAMU YANG NORMAL MENGHINA WARGA OKU. DIMANA LETAKNYA AKAL NORMAL KAMU!!!!

Imej
Bukan dia meminta untuk menjadi begitu, tiada siapa yang ingin menjadi ORANG KURANG UPAYA (OKU) . Dalam menyatakan ketidakpuasan hati dan amarah kamu, jangan sampai menghina warga OKU yang lain. Dia seorang yang tidak bernasib baik dilahirkan didunia tidak sesempurna kamu, wajarkah kamu melayan dia sebegini? Viral di media sosial dengan status yang menyindir dan mengejek warga OKU seperti "nak buuh orang, ambil dadah, pandu lawan arus, kamu selamat". "Best nya jadi OKU, lesen besar, kat mana nak daftar jadi OKU". Status begini amat menghina warga OKU yang lain. Dimana akal waras kamu berfikir? Lihat gambar dibawah, jika seorang yang normal, adakah dia boleh setenang ini? Dia kelihatan amat blur, adakah kamu rasa dia sedang berlakon? Dia memang OKU. Sewajarnya memaafkan adalah lebih baik dari mengkritik mengutuk dia. Maklumat tambahan bagi manusia normal yang tidak tahu apa itu OKU. Siapa itu OKU, Mengapa mereka OKU. KATEGORI OKU Terdapat 7 kategori OKU yang boleh d...