Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel cake

RESWPI BISKUT ULAT SAGO, VIRAL 2017

Imej
Katanya Biskut Ulat, biskut raya viral tahun nih.. Jom try..Comel ke comel...share klu suka.. 😁 Bahan2 1/2 cwn butter 1/4 cwn susu pekat 1/2 sk esen vanila 1+ 1/2 cwn tepung jagung Coklat cip Cara2 1. Sebatikan butter dan susu pekat. Pakai senduk kayu je. 2. Masukkan esen vanila. Sebatikan. 3. Masukkan tepung jagung. Uli sbati bagi doh tak lekat kt tangan. Boleh adjust sdiri ye sukatan tpung. 4. Gentel dan bentukkan macam ulat. Tak pakai acuan. 5. Letak coklat cip. 6. Bakar suhu 150° selama 20 minit. Ikot oven masing2. #share

PERBEZAAN JENIS TEPUNG BERAS, JANGAN HENTAM GUNA SAHAJA

Imej
Selepas ni jangan tersilap beli tepung beras yee.. TEPUNG BERAS -------------------- Ada pelbagai jenis tepung beras.. pasti ada yg tak terfikir apa bezanya...bagi kita asal tepung beras semuanya sama Ada 3 jenis tepung beras yg berlambangkan gajah..tepung beras biasanya asal di perbuatkan dari negara thailand... Pasti ada yg tak perasaan kan Hari ni kami akan terangkan apa fungsi tepung beras mengikut lambang gajah yg ada TEPUNG BERAS CAP 1 GAJAH *Sangat sesuai untuk mengoreng..seperti buat adunan utk goreng pisang..keledek...keladi..cempedak...adunan gorengan ikan...seperti goreng mamak..goreng berempah... *tepung ini sangat ranggup *sesuai untuk buat rempeyek..dan tumpi kacang hijau@dhall TEPUNG BERAS CAP 3 GAJAH *sangat sesuai untuk kuih2 tradisional seperti contoh kuih kuci...kuih apam beras eno...dan pelbagai lagi jenis kuih *ia menghasilkan kuih yg lembut dan berkilat TEPUNG BERAS CAP 5 GAJAH *sesuai untuk membuat mee laksa dan pelbagai jenis mee *sebab ia lebih kental TEPUNG BE...

RESEPI ROTI CARAMEL, DESERT DI MALAM HARI

Imej
sedikit desert utk buka puasa sat g.. Ingat lg x mamy pesan pagi td..balance roti yg dipotong2 slps buat roti sosej jgn buang kan..ni la hasilnya..mamy sempat buat puding roti karamel je...ingat nak buat puding roti marble..agar2 plak xdak.malas nk p kedai..terhasil la 👇👇👇👇👇 PUDING ROTI KARAMEL Bahan bahan: 3 sb gula pasir 1 sb air panas Cara cara: Masak gula di dalam kuali sehingga perang. Masukkan air dan kacau sehingga gula larut. Tuang ke dalam loyang dan ketepikan Bahan bahan Puding 4 keping roti gardenia – carik carik 1 cawan air suam 1 cawan susu cair ½ cawan susu pekat 3 biji telur – pukul sedikit 1 sk esen vanilla Kisar roti, susu pekat, susu cair dan air suam. Masukkan telur dan esen vanilla. Blender lagi. Tuang ke dalam loyang berisi  gula hangus tadi. Kukus selama selama 20-30 minit. Sejukkan sebelum diterbalikkan, dipotong dan dihidangkan. SELAMAT BERBUKA PUASA WARGA MAHN 😃😃

RESEPI BUTTER CAKE GEBU SUN FLOWER

Imej
Resepi Butter Cake Bahan-bahan : 4 biji Telur 125g Gula Kastor 1/2 sb Ovalet 190g Tepung Superfine 220g Butter 2 sb Susu Pekat 1 st Esen Vanilla Cara Membuatnya Pukul telur, gula & ovalet sehingga kembang & pekat. Masukkan tepung yg di ayak sedikit2 sehingga sebati. Di bekas berasingan, pukul mentega & susu pekat sehingga kembang. Masukkan esen vanilla. Satukan kedua2 adunan sehingga sebati. Lapik kertas & minyakkan tin kek. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Api yg terlalu kuat akan menyebabkan permukaan kek merekah. Pastikan air betul2 menggelegak sebelum mengukus.