Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel bayi

Bayi Pemakan Jantung Tersebar Di Kalimantan Indonesia

Imej
Anak Sima, Si Hantu Pemakan Jantung Cerita ini beredar di masyarakat sekitar sungai hulu tentang kewujudan ‘Anak Sima’. Hal yang dipercayai masyarakat setempat, Anak Sima adalah bayi yang berasal dari hubungan di luar nikah yang dibuang ke hutan untuk menutupi aib. Bayi tersebut kelaparan dan kedinginan di hutan, hingga ia menangis keras. Tangisan tersebut ternyata mengundang datangnya Takau, seekor makhluk halus yang terkuat dalam mitologi Kalimantan Selatan. Takau tersebut akhirnya pun memutuskan untuk mengasuh bayi itu, bahkan memberinya kesaktian. Kononnya, Anak Sima sangat gemar memakan jantung. Di Kalimantan, tersebar kepercayaan jika mendengar suara bayi menangis di sekeliling rumah, maka mereka mengatakan, “Aku bukanlah ibumu, ibumu adalah anu di kampung anu.” Masyarakat percaya setelah mengatakan begitu, maka Anak Sima akan pergi ke tempat yang dimaksudkan. kredit : sengal Panranormal Team - Sepat

Gigi Anak Rosak Kerana Susu Yang Terkumpul Ketika Tidur

Imej
KARIES BOTOL SUSU macam mana boleh jadi? Anak terlena dengan botol susu atau air manis dibiarkan di mulut. So sepanjang masa anak tidur tu gigi atas biasa nya terendam sendu di dalam air manis/susu yang bertakung dalam mulut. Tak sempat nak telan, lena dulu.😬 Kemudian dengan faktor masa, gula, air liur, terjadi lah karies, disebabkan bakteria yang hadir kunjung tiba😌 KARIES yang korang selalu dengar dekat iklan colgate tu. Or bahasa senang nya, gigi rosak. BIASA NYA GIGI YANG TERLIBAT IALAH GIGI ATAS HADAPAN. korang kan suka bahasa vavavoom so kami orang gigi panggil gigi incisor. Boleh google☺️ Dah jadi macam ni, mestilah parents nak tahu kesan dia kan? 1. Sakit 2. Susah nak kunyah makanan 3. Masalah pertuturan 4. Yang paling penting ialah masalah jiwa😔 confirm-confirm kena ejek kat sekolah. Korang sendiri pun kena kan time sekolah dulu? 😔 tak pun korang pun join kutuk kawan rongak kan?😝 effect dia self esteem rendah lah. Sah-sah malu nak join contest bercerita kat sekolah sebab...

Jenayah: Bayi Cute Di Buang Ke Dalam Tong Sampah

Imej
Bagaimana seorang manusia sanggup membuang bayi yang cantik dan sempurna ke dalam tong sampah? Dimanakah sifat kemanusiaan ibu or bapa tersebut? Mungkin ibu or bapa ada alasan tersendiri, tetapi kenapa tong sampah yang dipilih? Kenapa tidak diletak di tempat yang sesuai. Mungkin di rumah ibadat atau pusat jagaan kanak-kanak atau rumah anak-anak yatim? Bagaimana hendak selesai isu sebegini. Patutkah bank bayi perlu diwujudkan? Supaya ada tempat bayi ini dihantar berbanding dalam tong sampah. Walau bagaimana pun, ibu bapa perlu bertanggungjawab terhadap bayi tersebut. Jadikan bank bayi tempat jagaan untuk anak anak yatim. Bagaimana pendapat anda?? Apakah hukuman yang sesuai untuk ibu bapa seperti ini?