Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel sakit

Gigi Anak Rosak Kerana Susu Yang Terkumpul Ketika Tidur

Imej
KARIES BOTOL SUSU macam mana boleh jadi? Anak terlena dengan botol susu atau air manis dibiarkan di mulut. So sepanjang masa anak tidur tu gigi atas biasa nya terendam sendu di dalam air manis/susu yang bertakung dalam mulut. Tak sempat nak telan, lena dulu.😬 Kemudian dengan faktor masa, gula, air liur, terjadi lah karies, disebabkan bakteria yang hadir kunjung tiba😌 KARIES yang korang selalu dengar dekat iklan colgate tu. Or bahasa senang nya, gigi rosak. BIASA NYA GIGI YANG TERLIBAT IALAH GIGI ATAS HADAPAN. korang kan suka bahasa vavavoom so kami orang gigi panggil gigi incisor. Boleh google☺️ Dah jadi macam ni, mestilah parents nak tahu kesan dia kan? 1. Sakit 2. Susah nak kunyah makanan 3. Masalah pertuturan 4. Yang paling penting ialah masalah jiwaπŸ˜” confirm-confirm kena ejek kat sekolah. Korang sendiri pun kena kan time sekolah dulu? πŸ˜” tak pun korang pun join kutuk kawan rongak kan?😝 effect dia self esteem rendah lah. Sah-sah malu nak join contest bercerita kat sekolah sebab...

Aduh..Tolonggg Doktor, Sakitnya!! Rintihan Pemuda Selepas Makan Jering Mentah

Imej
Kes ini berlaku ketika saya baru melaporkan diri ke hospital daerah. Ketika itu saya sedang bertugas on-call di Jabatan Kecemasan. Jam menunjukkan pukul 3 pagi, apabila seorang lelaki disorong masuk menggunakan kerusi roda. "Aduh...doktor, tolong..sakitnya.." rintih pemuda tersebut sambil memegang perutnya. Apabila diangkat ke stretcher, beliau baring dalam keadaan mengerekot. Beliau dalam kesakitan yang sangat. Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat segera mendapatkan lelaki berkenaan, memasang jarum branulla di tangannya. Manakala saya, segera bertanyakan apa yang terjadi. "Senak perut, doktor. Tiba-tiba sahaja sejak pukul 12 malam tadi. Rasa nak kencing, tapi tak boleh kencing!" Sebaik sahaja lelaki tersebut bercakap, saya segera mengesyaki sesuati. Bau yang terbit dari mulutnya, adalah sejenis bau yang cukup hancing dan tajam. Saya segera memulakan pemeriksaan. Apabila saya memeriksa bahagian pundi kencing beliau, ianya tidaklah terlalu cekang atau besar. Saya...