DEMI RUU355, WARGA EMAS BERUMUR 69TAHUN MEMBUAT KAYUHAN SOLO DARI KEDAH KE KUALA LUMPUR

BALING - Bekas Ketua Kumpulan Mujahidin Malaysia( KMM) hari ini memulakan kayuhan basikal secara solo dari Masjid Pekan Baling ke Padang Merbok, Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan terhadap Himpunan Raksasa 355, Sabtu ini. Zainon Ismail, 60, berkata, kayuhan menggunakan mini basikal jenis B 201 dijangka tiba di Padang Merbok pagi hari himpunan. "Usaha kayuhan ini lebih kepada menyedarkan umat Islam agar turun ke H355 sabtu selain merayu kepada seluruh ahli parlimen Islam untuk menyokong usul Rang Undang-Undang (RUU) 355 apabila dibentang nanti. "Bermula dari Baling saya akan melalui jalan Gerik dan mungkin akan bermalam di Masjid Felda Lawin, Gerik Perak malam ini. Pagi esok selepas subuh saya akan bergerak mengikut melalui jalan Pekan Kati ke Sungai Siput dan seterusnya menuju ke Lebuh Raya Jelapang," katanya di Masjid Pekan Baling, hari ini. Terdahulu, Zainon dengan berbekalkan buah kurma, madu dan air mineral memulakan kayuhan pada jam 10 pagi. Menurutnya, latihan ...