SYARAT-SYARAT WUDHU’
SYARAT-SYARAT WUDHU’ Terdapat dua syarat dalam wudhu’ iaitu syarat wajib dan syarat sah. Syarat Wajib Wudhu’ 1. Islam. 2. Baligh. 3. Berakal. 4. Mampu menggunakan air yang suci dan mencukupi. 5. Berlakunya hadath. 6. Suci daripada haidh dan nifas. 7. Kesempitan waktu. Wudhu’ tidak diwajibkan ketika waktu yang panjang tetapi diwajibkan ketika kesempitan waktu. Syarat Sah Wudhu’ 1. Meratakan air yang suci ke atas kulit, iaitu perbuatan meratakan air pada seluruh anggota yang dibasuh hingga tiada bahagian yang tertinggal. 2. Menghilangkan apa sahaja yang menghalang sampainya air ke anggota wudhu’. 3. Tidak terdapat perkara-perkara yang boleh membatalkan wudhu’ seperti darah haidh, nifas, air kencing dan seumpamanya. 4. Masuk waktu sembah...