Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel tawau

BERGADUH KERANA MELINDUNGI SENAPANG ANGIN DAN 17 PELURU HIDUP

Imej
OPS SARANG NARKOTIK DI BERGOSONG DAN PULAU SEBATIK Tawau, 17 Mac 2017 - Sepasang suami isteri antara ditahan memiliki dadah oleh sepasukan polis semasa Ops Sarang di sekitar Wallace Bay dan Bergosong. Ops tersebut yang melibatkan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) dibantu Batalion 14 Pasukan Gerakan Am (PGA)Tawau bermula jam 4.30 pagi dan berakhir kira-kira jam 2 petang 15 Mac lepas. Dalam serbuan yang dijalankan di salah sebuah rumah di Kampung Pendekar Bergosong, suami isteri tersebut berada di ruang tamu sebelum ditahan pihak polis. Hasil pemeriksaan lanjut di dalam rumah pihak polis menemukan sepaket kecil dadah. Dalam serbuan lain di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Mentadak Baru, seorang lelaki warga tempatan berumur 30 tahun bertindak agresif apabila menyedari kehadiran polis di rumahnya. Pihak polis terpaksa bergelut dengan suspek yang cuba melarikan diri. Suspek kemudiannya berjaya ditahan dan hasil pemeriksaan lanjut di dalam rumah ...

LAGI OKU DITAHAN, SI KUDUNG DALANG KES RAGUT, PECAH RUMAH

Imej
BAHAGIAN PENCEGAHAN JENAYAH DAN KESELAMATAN KOMUNITI (BPJKK) IPD TAWAU KOMITED BANTERAS JENAYAH Tawau, 16 Mac 2017 - Usaha PDRM Tawau melalui BPJKK dalam menurunkan jenayah di daerah Tawau menunjukkan keberhasilan dengan penangkapan 3 sekawan yang menjadi dalang kes ragut, pecah rumah dan curi di sekitar Tawau dalam Ops Bersepadu yang dijalankan. Suspek terakhir merupakan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun ditahan petang semalam di Jalan Pantai. Tangkapan tersebut melengkapkan rangkaian geng berkenaan yang dikehendaki pihak polis bersabit kes jenayah yang berlaku di daerah ini. Dua suspek sebelum itu ditahan pihak polis di dua lokasi berasingan. Suspek pertama merupakan seorang lelaki warga asing berumur 26 tahun ditahan di kawasan setinggan Kampung Tawau Lama. Hasil semakan mendapati suspek memiliki rekod jenayah lampau dan merupakan bekas banduan. Suspek kedua pula seorang OKU warga asing berumur 17 tahun yang dikenali dengan nama panggilan 'Si Puntung' (si kudung) oleh ...