Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel haram

PERNIAGAAN SEWA BILIK ADALAH HARAM DALAM ISLAM?

Imej
MASA KINI PERNIAGAAN SEWA BILIK ADALAH PERNIAGAAN YANG MENJADI SASARAN GOLONGAN KAPITALIS UNTUK MENJANA PENDAPATAN DISEBABKAN PERMINTAAN YANG TINGGI DIKALANGAN BUJANG ATAU PELAJAR DI MALAYSIA. DI TAMBAH DENGAN NILAI SEWA RUMAH YANG TINGGI, MEREKA HANYA MAMPU UNTUK MENYEWAKAN BILIK YANG DIKONGSIKAN PULA DENGAN BEBERAPA ORANG LAIN DALAM BILIK YANG SAMA. LEBIH MENYEDIHKAN SATU BILIK DISUMBAT HINGGA 5 ORANG PELAJAR. TIDAK UBAH SEPERTI IKAN SARDIN YANG DIHIMPIT DALAM SATU BEKAS. HARAMKAH PERNIAGAAN SEWA BILIK INI DALAM ISLAM? Konsep sewa bilik ini adalah seperti asrama. Pemilik meletakkan beberapa buah katil dan almari dalam satu bilik. Harga seorang penyewa dianggarkan dalam Rm200-Rm300 seorang mengikut lokasi rumah tersebut. Harga tersebut jika dibandingkan di negeri yang kurang maju seperti di pantai timur atau utara Malaysia, penyewa boleh menyewa sebuah rumah teres atau kampung. Persoalan HARAMKAH perniagaan sewa bilik ini di tanya oleh seorang pengguna twitter kepada seorang ahli agam...

HUKUM KAHWIN DALAM ISLAM DAN KENDURI KAHWIN PART2 - OLEH USTAZ AZHAR

Hukum Perkahwinan Dalam Islam Wajib kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu.disini mampu bermaksud ia mampu membayar mahar(mas berkahminan/dower) dan mampu nafkah kepada bakal isterinya. Dalam permasalahan ini boleh didahulukan perkahwinan dari naik haji kerana gusar penzinaan akan berlaku, tetapi jika dapat dikawal nafsu, maka ibadat haji yang wajib perlu didahulukan kerana beliau seorang yang berkemampuan dalam segala aspek. Sunat kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya. Harus kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan Makruh kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri , samaada ia kaya atau tiada nafsu yang kuat Haram kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan lahir dan ia sendiri ...

RUKUN SOLAT

Imej
RUKUN SOLAT Sembahyang sama ada fardhu atau sunat mestilah memenuhi tiga belas rukun yang utama seperti berikut: 1. Berdiri tegak dengan tidak condong atau miring hinggakan sampai ke tahap ruku‘ tanpa keuzuran bagi mereka yang berkuasa berbuat demikian dalam sembahyang fardhu. Dalam sembahyang sunat, berdiri tegak tidak diwajibkan sebaliknya hukumnya hanyalah sunat. 2. Niat dalam hati ketika melakukan takbiratul ihram dengan memusatkan qasad hendak melakukan sembahyang sambil mengingati jenis dan bentuknya sama ada fardhu atau sunat. 3. Takbiratul ihram. Cara takbir dilakukan ialah dengan lafaz . Boleh juga dengan lafaz atau . Syarat-syarat takbir ialah : Ucapan takbir dilakukan semasa dalam kedudukan berdiri. Melafazkan takbir ...