PERJUANGAN PAS MEMENINGKAN KEPALA PAKATAN HARAPAN

PAS PARTI YANG PELIK. Pertama yang pelik pada PAS ialah PAS dimusuhi oleh kedua-dua belah pihak. PAS dimusuhi oleh pemerintah dan PAS juga dimusuhi oleh blok pembangkang. Apa yang tak kena pada PAS ini? BN serang PAS bermati-matian. Blok pembangkang juga serang PAS siang dan malam. PAS ini dikelilingi oleh musuh. Adakah PAS tak pandai berkawan? Peliklah PAS ini kerana mengelak daripada manusia spesis kawan makan kawan. Dalam keadaan kawan dan lawan berjuang demi Putrajaya, PAS pula berjuang demi redha Allah. Orang lain kata PAS ini gila kerana berjuang untuk kalah. Yang peliknya, orang gila inilah yang sibuk mencatur gerakan massa. Orang tak gila pula sibuk mencatur kabinet bayangan, Orang gila inilah yang tidak duduk sebelum berlunjur. Orang tak gila pula burung terbang dipipiskan lada. Yang peliknya, dalam mengharapkan redha Allah, orang PAS-lah yang berjuang pelik-pelik. Orang lain berjuang apabila dihulurkan habuan. Ada duit minyak ada duit tambang. Ada bekal, ada makanan, ada upa...