"Dewasa ini purata ibubapa yang gagal mendidik anak-anak ke arah pengamalan Islam secara syumul begitu ketara sekali dan semakin membimbangkan . Impaknya dapat dilihat dengan jelas dalam senario kehidupan anak – anak itu sendiri . Hal ini jika berterusan akan merosakkan diri mereka, kasih sayang terhadap ibubapa mereka, hubungan antara keluarga , orang tua dan ahli masyarakat setempat . Lebih jauh lagi , tempiasnya akan tersebar terhadap Islam dan negara. Faktor penyebabnya ialah bapa , selaku ketua , pemimpin dan pelindung terhadap keluarga , dan ibu selaku penasihat dan penggerak kepada peranan bapa. Malangnya peranan ini gagal dilaksanakan , Antara kesilapan yang dilakukan ialah : 1. Kurang penekanan terhadap kewajipan solat – tidak mengajar anak solat dengan betul dari segi bacaan dan perbuatan kerana sifat menyerah tanggungjawab tersebut kepada ustaz di sekolah atau kelas Fardhu ‘ain . Kalau anak – anak solatpun tidak pernah diuji secara praktikal atau diperhati betul salahny...