ROMBONGAN SUKARELAWAN FLOTILLA KE MYANMAR DISAMBUT BEGIS RAKYAT MYANMAR

Setelah pelbagai halangan, kecaman, fitnah oleh orang yang tidak sebulu kononnya program untuk kepentingan politik. Hari ini sukarelawan dari Malaysia telah berjaya sampai ke kem pelarian Rohingya untuk memberi sumbangan kemanusian kepada pelarian Rohingya yang terpaksa melarikan diri dari kekejaman Sami Buddha, Rakyat Myanmar yang beragama Buddha. Berikut adalah artikel penuh dari sukarelawan ke Myanmar. REGIM MYANMAR YANG TIDAK BERSAHABAT DENGAN FLOTILLA Oleh : Dr Riduan Mohamad Nor Rombongan misi bantuan kemanusiaan flotilla disambut dengan demonstrasi bantahan dan wajah cemberut oleh sekelompok demonstran Myanmar berkain sarung. Media massa di negara berdarah ini lebih sebulan memainkan pelbagai isu berkaitan dengan misi bantuan yang dianggap menceroboh masalah dalaman negara mereka. "Food Flotilla for Myanmar" memicu perhatian antarabangsa apabila lebih 60 media antarabangsa berhimpun di pelabuhan, pelaporan mereka positif atau negatif tetap memberikan impak yang positif...