PAKAR HARTANAH DIKECAM ANAK MUDA TWITTER KERANA STATUS ANAK MUDA MANJA.

KOS SARA HIDUP DI MALAYSIA MEMBUATKAN RAKYAT MALAYSIA MUDAH DISERANG SAKIT HATI DAN SUKA MARAH APABILA MEREKA DINASIHATI OLEH ORANG LAIN

Terbaru yang menjadi mangsa kemarahan orang muda adalah seorang perempuan yang dikategori sebagai pakar hartanah kerana mempunyai 6 buah rumah di lembah klang yang semuanya disewakan kepada orang samada dalam bentuk sewa bilik atau sewa rumah.


Gambar diatas adalah tweet beliau yang menyebabkan kemarahan anak muda yang terasa kerana dianggap anak manja kerana mengadu tidak mampu survive untuk hidup dengan bergaji Rm2000 sebulan di bandar besar seperti Lembah Klang ini.

Dalam isu ini ada pro dan kontranya. Tidak semua pendapat beliau adalah betul dan tidak semua pendapat anak muda tidak betul.

Antara tweet kemaharan anak muda



Apa yang dihadapi oleh orang muda masa kini seperti menyewa bilik Rm300 berkongsi hingga 3 orang satu bilik bukanlah satu benda yang boleh dibanggakan kerana isu privasi, isu keselamatan, isu bau-bauan belum lagi masuk isu dengkur masa tidur. Situasi ini hanya anak muda sahaja yang merasai tetapi tidak mampu diselami oleh pakar hartanah tersebut.

Ditambah masalah anak muda nak sewa sebuah rumah yang paling murah pada tahun 2017 adalah Rm700. Harga sebegini juga sukar ditemui lagi dan telah hampir pupus.

Banyak lagi sebenarnya masalah anak muda yang wujud dan menyebabkan nilai gaji Rm2000 sebulan bukanlah benda yang boleh dibanggakan. Sebab itu bila ada orang memperlekehkan anak muda kononnya manja adalah sesuatu yang tidak boleh diterima oleh anak muda hari ini.

Walaupun begitu, anak-anak muda perlu juga mendengar nasihat pakar hartanah ini supaya menabung, berjimat, jangan hispters sangat, makan di warung atau roti canai kedai mamak supaya mampu menabung setiap bulan.

NASIHAT ADMIN, ANAK MUDA HARI INI PATUT LEBIHKAN MEMBACA BUKU ATAU MAKLUMAT UNTUK MENAMBAH PENDAPATAN SECARA PARTIME. ANDA BOLEH GUNAKAN YOUTUBE ATAU BLOG UNTUK DAPAT DUIT DALAM NILAI USD.

Catatan popular daripada blog ini

TUTORIAL MENGISI BORANG CUKAI E FILLING LHDN STEP BY STEP

ANAK PELAT ATAU LAMBAT BERCAKAP? JANGAN RISAU AMALKAN TIPS INI