HOW TO MAKE GREAT CONTENT AND SPIKE MILLION VISITOR EVERY MONTH TO YOUR BLOG


CARA MEMBUAT ARTIKEL BLOG YANG MENARIK UNTUK MENINGKATKAN PENGUNJUNG KE LAMAN WEBSITE ANDA ADALAH SATU CABARAN YANG BESAR BAGI PENULIS AMATUR YANG KEKURANGAN IDEA.

KANDUNGAN ARTIKEL YANG BERMAKLUMAT


Bagi setiap artikel yang anda tulis pastikan ada perkara seperti dibawah. Perlu di ingat bahawa anda perlu menulis artikel yang padat dan ringkas untuk memudahkan dan menarik minat pembaca untuk teruskan pembacaan mereka.

Seeloknya setiap perenggan hanya ada dua atau tiga baris ayat kerana pembaca tidak suka membaca terlalu banyak atau crowded sangat setiap perenggan. Anda juga boleh menggunakan number untuk menerangkan sesuatu perkara dengan ringkas dan padat.

Berikut perkara yang perlu ada dalam setiap artikel anda;

1. Tajuk yang mudah dan perkataan yang memdapat carian tinggi di website.

2. Pendahuluan yang menarik.

3. Tujuan dan objektif.

4. Isi yang padat dan ringkas.

5. Penutup

6. Gambar

TAJUK KANDUNGAN ARTIKEL

Pastikan anda memilih tajuk untuk setiap artikel anda dengan menggunakan perkataan yang dijangka mendapat carian yang tertinggi di google search atau di mana sahaja.

TUJUAN DAN OBJEKTIF

Pastikan setiap artikel anda mempunyai tujuan dan objektif yang bersangkut paut dengan tajuk artikel anda. Contohnya untuk artikel "menaikkan traffic blog", anda boleh menulis tujuan traffic, kepentingan traffic, objektif traffic kepada pembaca anda.

ISI KANDUNGAN YANG PADAT DAN RINGKAS LAGI TEPAT.

Isi kandungan setiap artikel anda perlulah padat dan ringkas untuk memudahkan pemahaman pembaca website anda. Anda tidak perlu menulis isi yang terlalu panjang dengan huraian yang panjang dan berbelit-belit hingga menyebabkan pembaca anda pening. Sekiranya pembaca suka pada penulisan anda, pasti mereka akan sentiasa mengunjungi website anda untuk mendapat maklumat yang ada di dalam website anda.

PENUTUP

Setiap artikel perlu mempunyai penutup yang ringkas dengan nasihat atau support kepada pembaca anda berdasarkan artikel yang anda tulis. Anda juga boleh menyelitkan link untuk pembaca ke laman lain jika mereka ingin terus membaca maklumat yang terdapat dalam website anda.

GAMBAR

Pastikan setiap artikel anda diselangi beberapa gambar yang sesuai. Pastikan gambar tidak lebih dari 3 keping dan pastikan sizenya yang kecil dan ringan untuk mengelakkan website anda lembab untuk upload gambar tersebut.

Catatan popular daripada blog ini

TUTORIAL MENGISI BORANG CUKAI E FILLING LHDN STEP BY STEP

ANAK PELAT ATAU LAMBAT BERCAKAP? JANGAN RISAU AMALKAN TIPS INI