AKHIRNYA TEKA-TEKI PEMBUNUH DI RUMAH SEWA TERJAWAB, INILAH PEMBUNUH SEBENAR!!!!

KISAH SEDIH 4 ORANG SAHABAT YANG MENYEWA SEBUAH RUMAH BERAKHIR DENGAN TRAGEDI BERDARAH HANYA KERANA TIDAK TAHAN DIKEJI DAN DIEJEK DAN HANYA DIBERIKAN SEBUNGKUS MEGI.

Kisah pembunuhan ini pada awalnya telah mengelirukan penyiasat untuk mencari pembunuh sebenar. Namun dengan ketangkasan dan pemerhatian tajam Detektif terkenal iaitu Detektif Conan akhirnya pembunuh ini telah berjaya di tangkap dan didakwa kemuka pengadilan.

Inilah situasi yang berlaku semasa mayat mangsa ditemui.


Dan ini pula bagaimana siasat dilakukan dan menangkap pembunuh sebenar.


Berikut adalah penjelasan Detektif Mouri yang sedang tidur kerana di suntik ubat tidur.

*​*tembak dart ke belakang leher kogoro mauri

letak kogoro mauri dekat atas kerusi

sembunyi belakang kerusi

"TUNGGU!! SAYA TAHU SIAPA PEMBUNUHNYA"**

Pembunuh ini dilakukan dengan licik tetapi, tidak terlalu licik untuk menyembunyikan bukti daripada saya Detektif Kogoro Mauri. Mangsa ditikam dari belakang dengan kesan tikaman yang sempurna iaitu menegak 180 darjah.

Memang benar tiada kesan atau tanda tanda pergelutan kerana mangsa dibunuh oleh salah seorang penghuni dalam rumah tersebut. Mangsa dibunuh ketika sedang memasak mi segera. Tetapi.. yang memusykilkan saya. Kenapa dia perlu masak mi segera sedangkan atas meja dah ada makanan?

Benar si mangsa suka memasak, tetapi.. adakah logik bagi satu rumah untuk memasak mi segera sedangkan nasi dah ada atas meja berserta lauk pauk di atas meja? Mustahil mangsa nak makan nasi dengan mi segera?

Dalam kes ini, sangatlah mustahil bagi A untuk membunuh. Hal ini kerana mi segera diatas "stove" itu masih panas. Ini bermakna air baru mendidih. Anggaran masa mungkin dalam lebih kurang 3 ke 5 minit mangsa ditemui mati oleh rakan rakannya.

Kerana A bercadang untuk mandi terlebih dahulu sebelum menjamah makanan di atas meja. Anggaran masa untuk mandi lebih kurang 15 ke 20 minit. Sangat hebat pembunuh itu kerana dapat membunuh mangsa beberapa minit sebelum A keluar.

Jadi, sekarang hanya tinggal C dan D. Jadi.. tidak lain tidak bukan. AWAK LAH PEMBUNUHNYA D!!! *kamera zoom in ke muka D, dan que lagu detektif conan*

D: apa?! Tidak! Saya berada dibilik sepanjang hari!

Awak tidak perlu lari lagi, kerana awak lah manusia paling bermasalah dalam rumah sewa ini. Dengan bukti yang dikumpulkan oleh semua orang, saya mendapati awak paling susah nak bayar duit rumah sewa.

Sangat mustahil bagi C untuk melakukan pembunuhan kerana dia baru pulang dari kerja. Sepanjang hari ni hujan, jika dia melakukan pembunuh, akan kelihatan lopak lopak air disekeliling mangsa. Tetapi, tidak ada. Awak takdapat lari lagi D!!!

*D tertunduk dan menangis

D: sebenarnya....

*que lagu sedih detektif conan

D: saya tak berniat nak membunuh, tetapi saya cuma lapar. Saya cuma keluar bilik dan tanya B apa yang dia masak untuk hari ni. Tetapi... dia enggan bagi saya makan kerana hal hutang sewa rumah.

D: bukan setakat itu, dia jugak memerli saya untuk masakkan mi segera untuk saya.

*flashback*

B: nahhh aku masak mi segera untuk kau. Ni aku punya mi segera tau. Jangan ingat free. Kami bukan kuli kau. 5 bulan tak bayar, ada hati nak makan sedap.

*D terus menangis*

Awak beruntung penjara tak ada sewa. Makan juga diberi. Selamat meringkuk dalam penjara atas berbuatan membunuh awak.

*D digari dan dibawa ke penjara*

kredit kepada owner kisah ini

Catatan popular daripada blog ini

TUTORIAL MENGISI BORANG CUKAI E FILLING LHDN STEP BY STEP

ANAK PELAT ATAU LAMBAT BERCAKAP? JANGAN RISAU AMALKAN TIPS INI