RESEPI IKAN SIAKAP MASAK STIM ALA THAI SEDAP DAN MUDAH

IKAN SIAKAP MASAK STIM SEDAP DAN MUDAH (ALA THAI)

Resepi ni admin dpt masa part time kerja di sebuah restoran, dpt dr cheff dari siam! Sedap ni, share la..


Bahan-bahan:
1/2 ekor ikan siakap | sederhana besar
1 sudu besar sos ikan
1/2 sudu besar kicap cair
1/2 sudu besar sos tiram
1 batang serai
5 biji limau kasturi
2 helai daun limau purut | buang urat
1 sudu besar tepung jagung | bancuh
1/2biji bawang besar
2 ulas bawang putih
4 biji cili padi
1 inci halia
1/4 kiub pati ikan bilis
dengan air
Garam, gula
Daun ketumbar, daun bawang

Cara:
1.Pastikan air dalam pengukus telah didihkan terlebih dahulu.
2.Masukkan semua bahan dalam pinggan pengukus kecuali tepung jagung, garam, gula, daun ketumbar/ bawang.Ratakan bahan-bahan, di atas dan bawah ikan.
3.Masukkan juga sedikit air.
4.Kukus dalam 5-10 minit hingga ikan masak.
5.Masukkan air bancuhan tepung + gula + daun ketumbar/ bawang.
6.Sesuaikan rasa, jika kurang masin baru letak garam.Jika masin, letak air lagi atau perahkan lagi limau.
7.Hidang dengan nasi panas2 sedap!!!

Catatan popular daripada blog ini

TUTORIAL MENGISI BORANG CUKAI E FILLING LHDN STEP BY STEP

ANAK PELAT ATAU LAMBAT BERCAKAP? JANGAN RISAU AMALKAN TIPS INI