25 RAHSIA PENTING YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI AYAM GORENG MCD TERKINI
25 nota pendek ini ditulis sepanjang pencarian ayam goreng McD. Inilah pemerhatian saya tentang fenomena ini.
1. Semuanya bermula dengan masalah besar selepas McD diboikot oleh pengguna di Malaysia. Saya yakin ramai tahu perihal ini. McD Yahudi, McD Israel, McD Haram dan sebagainya.
2. Kempen memboikot McD telah menyebabkan jualan di hampir kesemua cawangan McD di Malaysia telah jatuh teruk. Kesan itu menyebabkan ramai juga franchaisee yang terpaksa menjual bisnes mereka.
3. Maka berusahalah McD sedaya upaya selepas tempoh itu untuk menaikkan kembali keyakinan pelanggan. Kempen demi kempen, masih tidak menjadi. Kesan boikot masih kuat.
4. Produk jualan utama McD ialah Burger, bukannya Pie atau Ayam. Melalui Burger itu jugalah mereka dikenali sebelum ini.
5. Menikmati ayam goreng di McD sebelum ini umpama menikmati ayam goreng sejuk sahaja. Ia bukan dalam kategori Hot Item 🔥. Ayam goreng bukan branding untuk McD.
6. Bila sebut ayam goreng sedap, semua orang pun cuma nampak KFC sahaja. Kedua-duanya adalah jenama franchais yang datang dari Amerika. Tetapi KFC kurang menerima tempias boikot. Pelik.
7. McD membuat langkah bijak apabila memilih Ayam Goreng sebagai kempen baru mereka. Kempen dengan content ringkas, berjaya menarik minat pelanggan untuk mencuba.
8. McD bukan sahaja bijak mengguna content yang baik malah mereka juga pandai memilih platform pemasaran yang berkesan. Pemilihan media sosial misalnya, berjaya menarik minat ramai orang untuk mencuba.
9. Iklan video berdurasi beberap saat yang menunjukkan seorang pelanggan sedang menikmati ayam goreng dengan gerak perlahan berjaya mumukau sesiapa sahaja yang lapar. Bayangan nikmat yang McD tonjolkan memang sampai!
10. Maka tanpa disangka-sangka berduyun pengguna kembali berkunjung ke McD untuk menikmati ayam goreng.
11. " Maaf, ayam goreng telah habis ", maka ramai pula yang kecewa di seluruh negara apabila ayam goreng McD habis. Viral percuma di media sosial, cerita ayam goreng sedap ini semakin menular di media. Free Marketing.
12. Sehinggalah beberapa ketika, mereka meneruskan kempen dengan pengumuman meminta maaf dan memberitahu Ayam Goreng McD akan kembali menemui pelanggan. Penggemar semakin excited.
13. Sama juga ceritanya, agam goreng tetap Sold Out dengan pesanan, " Sila datang lebih awal bagi menikmatinya. Ayam goreng kami disediakan segar setiap hari "
14. Untuk info, McD hanya mula menjual menu ayam goreng bermula jam 11 pagi setiap hari. Sebelum waktu itu, yang disajikan cuma menu sarapan. Pelanggan yang datang awal dan lapar terpaksa duduk dan makan juga cakoi sekeping dua. Nampak ?
15. Kempen ini bukan sahaja berjaya menarik minat orang dewasa untuk makan ayam goreng, malah kanak-kanak juga sudah berjaya memujuk mak ayah ke McD demi seketul ayam goreng.
16. McD berjaya melepasi fasa hitam kesan boikot tidak lama dahulu. Dari sudut pemasaran, kempen ini sukses kerana majoriti yang masuk ke McD hari ini mahukan ayam goreng, bukan lagi Burger. Mereka mahu cuba.
17. Cuma McD kena berhati-hati dengan stok jualan. Pemasaran yang berjaya juga adalah masalah apabila permintaan tidak dapat dipenuhi. Pelanggan yang bosan dengan alasan stok habis akan kecewa. Pelanggan kecewa adalah satu kerugian.
18. Ayam Goreng McD dalam edisi kempen baru ini nampaknya bersaiz lebih besar dan lebih padu. Jika letak di sebelah ayam goreng KFC, McD menang dari segi saiz.
19. Terbukti, bagi peminat ayam goreng pedas, McD adalah yang terbaik buat masa ini.
20. Kempen ini juga berjaya membuka mata pengguna bahawa McD bukan sahaja menjual Burger, malah turut menjual menu lain seperti ayam goreng.
21. Orang bisnes mesti belajar daripada kisah McD ini. Kesan boikot adalah episod gelap untuk mereka. McD bijak mencari peluang dan mencipta sebab untuk pengguna datang semula.
22. Tidak ada cara lain lagi untuk memberitahu semua orang mengenai aktiviti bisnes kita kecuali kerja-kerja pemasaran. Dan setiap kempen pemasaran mestilah kreatif.
23. McD disahkan halal oleh Jakim. Makan dan berfikir. Bukan sekadar makan dan masuk jamban selepas itu. Pengajaran ada disekeliling kita setiap hari.
24. Ok sekarang abang-abang yang menjual burger sudah mula kena fikir bagaimana untuk memasukkan menu ayam goreng sebagai beregu.
25. Bulan Ramadhan sudah semakin dekat menemui kita. Peniaga makanan sudah kena fikir kempen baru dan menu baru yang mungkin boleh dijual di bulan Ramadhan nanti.
Dan semalam, berakhirlah sudah penantian saya untuk menikmati seketul ayam goreng McD. Dapat juga di Kota Warisan, Sepang pada jam 11.15 pagi.
Selamat berhujung minggu. Content perkongsian ilmu di fb saya percuma sahaja. Satu sen tak kena bayar, tunjukkan sokongan dengan menekan butang share. Semakin semangat saya nak menulis lagi selepas ini.
Saya Ikram Al-Banjari, seorang ahli perniagaan sepenuh masa. Selamat berkenalan.
Kredit Ikram Al Banjari
Saudagar Jalanan