10 CARA HARGAI ISTERI YANG SANGGUP BERSUSAH PAYAH DENGAN KAMU
Dalam rumah tangga, perlu ada kerjasama dan komitmen yang baik antara suami dan isteri. Barulah hidup aman dan bahagia. Sebagai suami dan ketua keluarga, kau perlu bijak memimpin keluarga. Walaupun kau ketua, jangan rasa kau je yang betul.
Hargai isteri yang sanggup bersusah payah dengan kau. Isteri yang sanggup terima baik buruk kau. Dia juga manusia biasa. Kalau ada kekurangan tu biasalah. Kau pun bukan sempurna sangat kan.
Bagaimana untuk menghargai pengorbanan seorang isteri? Jom baca 10 cara bagaimana menghargai isteri.
Antaranya :
1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri. Dia pun bekerja macam kau juga. Jangan fikir penat kau je.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya. Fokus apa yang dia nak cakap tu. Dia perlukan kau untuk meluah segala rasa.
3. Kalau dah ada anak, sama-samalah menjaga anak tu. Anak kau juga kan. Ada suami, anak menangis suruh isteri yang tengokkan. Padahal isteri kau sedang memasak.
4. Kalau ada tetamu nak datang ke rumah, beritahu isteri. Sama-sama kemas rumah. Biasa rumah ada anak-anak ni mesti bersepah sikit. Biasalah tu. Jangan nak harapkan isteri je mengemas. Dah la isteri kau tu nak masak lagi.
5. Saiz badan isteri berubah pun kau rilek je. Jangan nak cari lain pulak. Kau la kena ajak isteri bersenam.
6. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri. Keluarga kita juga tu. Jangan mengata yang bukan-bukan kepada ahli keluarga isteri.
7. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumah tangga. Ada benda wajib guna duit suami. Belanja isteri dan anak-anak itu besar pahalanya.
8. Hormatilah isteri kau sebagaimana kau mahu dihormati. Percaya, jujur, ikhlas dan setia antara satu sama lain.
9. Jangan pernah sesekali cuba nak curang dengan isteri. Jangan nak mula. Sekali mula susah nak undur balik. Isteri tak kan percayakan kau sampai bila-bila.
10. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik. Jangan asyik nak menengking je. Dengan orang lain boleh pula cakap elok-elok. Kalau demam nanti, isteri kau juga yang jaga.
Hebatnya seorang suami adalah kerana seorang isteri. Kau kena ingat tu. Jangan ingat hebat kau sebab diri kau. Bila dah kahwin, ada hati yang kau kena jaga. Isteri solehah adalah harta yang paling bernilai.
Jadilah suami yang baik, yang sentiasa hargai isteri kau. Isteri tak minta segunung emas permata. Cukuplah kasih sayang dan kesetiaan kau kepada dia. Hargailah isteri dengan sebaik-baiknya. Sebaik-baik lelaki adalah yang baik dengan isterinya. Kah!
Share jika bermanfaat & tag isteri kesayangan kau. 😊
kredit FB/AmirSyahir