RESEPI KERABU MEGGI

Salam semua geng MAHN..saja nak share step by step resepi KERABU MAGGI simple cara saya..

Hidangan untuk seorang makan.

Bahan2 :

1.Maggi Siam perencah TOMYAM ( kalau takda, boleh ganti dengan maggi RUSKI tomyam)
2. Udang/sotong/crabstick ( sy ada udang je)

3. Carrot dihiris halus
4. Daun ketumbar /daun sup
5. Limau nipis 1 biji
6. Bawang besar 1 bj dimayang halus
7. Cili padi 2 biji dihiris nipis (lebihkan jika suka pedas)

Cara2 :

1. Rebus maggi sehingga lembut dan toskan
2. Rebus udang/sotong/ crabstick & bawang besar & carrot yang di hiris halus dengan sedikit air sahaja..toskan dan air rebusan jgn dibuang
3. Gaul semua bahan2 rebusan dan air rebusan tadi bersama perencah maggi TOMYAM..
4. Jangan lupa masukkan hirisan daun sup & cili padi dan perahkan limau nipis.
5. Gaul sebati dan sedia untuk dihidang...

Fuuhhh...pedas dan sangat2 sedap...!!!

Catatan popular daripada blog ini

RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH MUDAH UNTUK BUAT BISNES

JUAL LAKSA DAN AIS KACANG RM1, RUPANYA KENAIKAN HARGA BARANG HANYA ALASAN PENIAGA NAIKKAN HARGA JUALAN

PETUA BELIMBING BULOH MENGURANGKAN KUNING/JUNDIS PADA BAYI