Kisah Rm5, Isteri Mengidam Nasi Ayam
Dipetik dari fb Yusri Ibrahim
Kisah duit 5 ringgit.
Esok baru gaji. Belek² dompet tinggal 5 ringgit. Harap² isteri kat rumah masak boleh la guna utk esok isi minyak moto pergi kerja.
Semasa menuju ke motosikal isteri yg sedang sarat mengandung telepon.
" Assalamualaikum, abg nanti tolong belikan nasi ayam ye kat kedai sebelum simpang rumah kita tu, saya teringin nasi ayam la tgk kawan² post kat Facebook diorg tadi".
"Baik" kata ku. Duit 5 ringgit tadi bleh la beli nasi ayam 4.50, aku makan magi pun xpa, megi ada lagi kat umah.
Dalam perjalanan atas hiway balik dari Shah alam ke Kapar singgah stesen minyak, tayar moto kurang angin. Sedang isi angin tayar moto, terdengar bualan sorang mak dengan anak dia yg nak air cincau dalam tin. Mak dia bising² kat anak dia yg duit tinggal 5 ringgit ja tu pun utk isi minyak, terdengar bualan tu aku bagi la duit aku yg 5 ringgit ni ke kakak tu suh beli air utk anak dia. Pandai la aku kelentong bini aku nanti kata kedai nasi ayam tutup, nasi ayam abih ka apa ka.
Sedang menunggang motosikal utk pulang, ternampak pakcik ni terkial² buka tayar keta dia yg pancit. Aku berhentikan la moto menghulurkan bantuan. Dalam hati pikir, Sampai awal nanti kalau kata nasi ayam tutup xmasuk akal plak.
Selesai tolong tukar tayar pakcik tu, pakcik tu berikan aku sampul merah sambil ucap terima kasih. Aku cuba menolak sampul tu tapi dia tetap keras nak beri.
Sebelum sampai ke rumah, kedai nasi ayam tu masih buka. Aku berhentikan moto sambil membelek sampul merah tu, wahh...byknya. Rm50. Terus beli dua, aku satu, bini aku satu siap ada belen lagi 41 ringgit.
Ni la rezeki. Kita sedekah lima ringgit, Allah beri kita lebih lagi. Alhamdulillah.
posted from Bloggeroid