Pelamin Murah Bagi Pasangan Yang Ingin Berjimat
Pelamin DIY kos tak sampai RM250 pun!
1.Kain pelamin semeter RM2.80,kerusi mak punya cat bagi putih.
2.Pallet ni RM10 dapat 4.
3.Guna crepe paper untuk buat bunga yang kembang-kembang tu. Sebungkus RM6 dpt 15 jambak bunga,jimatkan.
4.Itu rak tempat letak buku.Cat sikit-sikit je.
5.Kain lapik tu dengan sarung semeter je dah ckup RM7. Tali manik-manik tu semeter RM2.80.
6.Kain putih 3 meter dah cukup. Tempat sangkut baju untuk letak bunga kat belakang kerusi tu, balut-balut sikit dengan lebihan kain pelamin tu bagi cantik. Selamat mencuba...
Sumber : Sue Abdullah Js