TIPS PERSEDIAAN UNTUK PENGANTIN LELAKI DI HARI PERKAHWINAN
Tips Perkahwinan: 6 TIPS PERSEDIAAN UNTUK PENGANTIN LELAKI
Persiapan perkahwinan bukan sahaja wajib dilakukan oleh pengantin perempuan, pengantin lelaki juga tidak terkecuali
Kali ini admin nak khususkan tips yang khas untuk kaum Adam di luar sana. Tips yang perlu anda ambil tahu bagi menghadapi saat indah bergelar suami kepada sang ratu yang bertakhta di hati. Jom baca!
Mungkin tips-tips yang admin ingin kongsikan dengan anda sesuatu yang biasa sahaja. Tetapi masih ada yang memandang rendah pada tips ini. Jadi apakah yang perlu bagi bakal pengantin lelaki di luar sana perlu ambil berat dalam persediaan menjelang saat diijabkabul?
1) Sila sediakan sapu tangan
Bukan apa, bila hati dah berdebar, ditambah cuak pulak, sudah semestinya peluh merembes membasahi diri. Lupakan kipas dan aircond, kerana semestinya anda akan berpeluh. Ditambah cahaya lampu pelamin lagi. Jadi, sediakanlah sapu tangan untuk lap peluh jantan anda itu. Atau anda juga boleh ingatkan pengapit anda bawakan tisu ke, mana lah tahu kalau sapu tangan anda tadi sudah basah habis.
2) Sila bawa bersama pen
Jangan lupa untuk bawa bersama pen. Pen itu pula bawa la yang cantik cantik sikit. Jangan pula anda bawa pen yang dakwat nya hidup segan mati tak mahu. Tunjukkan anda sudah bersedia. Nanti kalau photographer ambil gambar anda, lihat lah juga pen yang cantik. Jangan pula pen 70sen pula anda guna.
3) Duit upah jurunikah dan saksi
Ini antara persediaan yang penting yang perlu anda ambil tahu. Pastikan duitnya sudah anda terlebih dahulu letak di dalam sampul. Adab kita, supaya nampak lebih sopan dan beradap. Jangan pula anda tak bagi pak imam duit atau masa itu baru lah anda mencari untuk pinjam duit dengan orang. Malu tau!
4) Pakai stoking
Kenapa perlu pakai stoking? Ini untung nampak anda lebih berketrampilan, kemas dan elegan. Tips memilih stoking adalah warna dan corak. Jangan pula anda pilih untuk pakai stoking warnanya terang benderang. Sampai lima batu pun dah nampak. Pilih warna yang selamat seperti hitam, coklat, atau kelabu. Kalau nak lagi selamat, beli sahaja yang baru. Selamat dan bebas bau!
5) Kasut yang bersih
Bersanding, duduk berdua di atas pelamin tersergam nan indah. Tapi hilang indahnya jika anda memakai kasut yang alahai seperti baru lepas main bola dalam hujan. Pastikan kasut anda cantik, kemas, bersih, berkilat. Barulah indah anda dan pasangan di atas pelamin.
6) Pakaian dalam (singlet)
Jika baju yang dipakai anda tidak kira lah untuk sanding ke, akad nikah ke, warnanya adalah putih, pastikan anda memakai singlet. Bukan apa, kalau anda peluh, boleh lah singlet serap peluh anda. Tanpa singlet, habis basah lecun pula baju melayu tu nanti. Baju warna putih selalunya jarang, jadi pakailah singlet. Agar tampak kekemasan sang Raja Sehari!
Jangan pandang ringan persediaan kecil ini tau wahai jejaka jejaka di luar sana. Ini adalah hari bahagia anda, dan anda adalah raja sehari. Kesempurnaan akan terjadi dengan kepekaan dari anda.
Semoga berjaya!