PEMAJU MALAYSIA LAYAN BANGLA SAMA MACAM SAMPAH
setahun aku menjadi buruh kasar ( Plumbing & Sanitary ) , panjat bumbung tingkat 5 tanpa safety suit .. masuk keluar manhole , main simen , buat kerja tengah panas , dah gelap bertambah legam !! gaji ciput , sehari kasar kasar dlm RM30. memikirkan duit pada keluarga & makan minum .. aku duduk lepak makan dengan bangla dan vietnam . Makan di kantin buruh indon di kawasan setinggan. semua itu pengalaman yang sangat berharga .
Sekali sekala nampak pemaju datang dengan kereta mewah , motor superbike hari ini lain , lusa model lain. JKR datang dengan topi keselamatan memandu kereta 4x4 agak mewah..
apabila timbul isu adakah belia Malaysia mampu bekerja seperti buruh Bangla & Indon. Jawapan aku YA ! Jika sektor pembinaan kita ada nilai ihsan dalam urus tadbirnya. mudah amek bangla kerana xperlu fikir tentang tempat tinggal yg selesa utk mereka.. campur serumah 20 30 orang pon mereka sanggup tidak seperti orang melayu. orang melayu demand utk potongan KWSP , elaun itu dan ini. semua tuntutan ini merugikan syarikat2 besar.
* CEO CEO di Jepun relex je naik bas @ train pi kerja.. CEO Malaysia dok fikir mcm mana nk perah tenaga bangla.