MESIR MEMBUKA PINTU SEMPADAN RAFAH, RAHMAT BUAT RAKYAT PALESTIN


Mesir membuka semula sempadan Rafah buat pertama kali tahun ini.

Laluan masuk ke semenanjung Gaza itu dibuka selama dua hari bermula semalam.

Menurut Hamas, sepanjang tempoh itu, ratusan dianggarkan mengguna laluan Rafah.

Sebelum ini, Mesir membuka pintu masuk ke Gaza dalam tempoh yang pendek.

Manakala bantuan kemanusiaan dan barangan yang dihantar masuk ke Gaza, menggunakan laluan dari Israel.

Mesir dan Israel mengenakan sekatan ke atas Gaza pada tahun 2007, apabila Hamas mengambil alih wilayah yang dikuasai oleh Fatah pimpinan Presiden Palestin Mahmoud Abbas.

Israel menggunakan alasan sekatan itu kononnya mahu menghalang Hamas mengimport masuk senjata dan peralatan yang boleh digunakan untuk tujuan ketenteraan.

Begitupun tindakan itu terlalu kejam dan sebaliknya menghukum kira-kira 1.8 juta rakyat Palestin di Gaza.

#fb buletin tv3

Catatan popular daripada blog ini

TUTORIAL MENGISI BORANG CUKAI E FILLING LHDN STEP BY STEP

ANAK PELAT ATAU LAMBAT BERCAKAP? JANGAN RISAU AMALKAN TIPS INI