SAYA PERDANA MENTERI, SAYA BOLEH BUAT APA SAHAJA UNTUK NEGARA


Masa harga minyak naik, Najib Razak cakap rakyat mesti bayar harga pasaran. Kini bila harga minyak jatuh, dia tukar skrip. Dia berkira-kira untuk memperkenalkan harga lantai pula untuk pastikan rakyat kekal bayar pada harga mahal dan dia boleh kutip cukai. Layak PM ini dilantaikan.

HENTIKAN SEBARANG NIAT KERAJAAN MELAKSANAKAN HARGA LANTAI PETROL UNTUK MENCUKAI RAKYAT

Saya terkejut membaca laporan Astro Awani semalam yang memetik kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK), Dato’ Seri Hamzah Zainuddin bahawa kerajaan sedang mengkaji untuk melaksanakan sistem penetapan harga petrol/diesel berasaskan harga lantai (“floor price”) memandangkan harga minyak mentah dunia terus menjunam.

Bagi mereka yang belum memahami, pengenalan harga lantai bagi petrol/diesel dalam keadaan harga minyak dunia terus menjunam bermaksud rakyat akan dicukai oleh kerajaan bagi pembelian setiap liter petrol/diesel. Mekanisme pelaksanaan adalah seperti berikut:

1. Harga lantai ditetapkan oleh kerajaan bagi setiap satu liter petrol/diesel, contohnya RM1.60 seliter bagi RON95

2. Setiap bulan, harga purata pasaran ditentukan dengan menggunakan kaedah yang sama sekarang, contohnya bagi bulan Januari 2016 harga purata pasaran telah jatuh ke paras RM1.50 seliter bagi RON95


3. Bila harga purata pasaran itu lebih rendah dari harga lantai yang ditetapkan, rakyat akan tetap membayar harga lantai iaitu RM1.60 sen seliter walaupun harga sebenarnya adalah lebih rendah.


4. Perbezaan di antara harga sebenar dan harga lantai (dalam kes ini 10 sen seliter iaitu harga lantai RM1.60 tolak harga purata pasaran RM1.50) dikutip oleh kerajaan sebagai cukai


Mengambil kira bahawa jumlah penggunaan petrol/diesel setiap tahun adalah sekitar 30 bilion liter, jika kadar cukai ialah 10 sen setiap liter seperti di atas, kerajaan sedang mencongak untuk mengutip sekurang-kurangnya RM3 bilion setiap tahun dari rakyat.

Tindakan pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak yang secara senyap-senyap merancang untuk menghalang rakyat dari menikmati harga minyak yang rendah adalah terkutuk dan keji. Rakyat Malaysia sekarang sudah pun tidak dapat menikmati harga rendah yang sebenar kerana faktor kejatuhan nilai matawang ringgit yang menyebabkan harga minyak kekal tinggi berbanding negara-negara lain. Jika sistem harga lantai ini dilaksanakan, rakyat Malaysia akan terus dinafikan hak untuk menikmati harga minyak yang sebenar.

Saya tahu Dato’ Seri Najib Tun Razak sedang pening kepala mencari sumber kewangan untuk menampung perbelanjaan kerajaannya yang boros dan membazir. Saya beri amaran supaya pelarasan Bajet 2016 yang bakal diumumkan beliau tidak sedikit pun menyentuh peruntukan rakyat atau memperkenalkan cukai tersembunyi seperti pelaksanaan sistem harga lantai begini.

Sekiranya sistem pelarasan harga lantai ini diperkenalkan juga, saya akan berbincang dengan rakan-rakan Pakatan Harapan untuk menganjurkan demonstrasi membantah yang sudah tentu akan mendapat sokongan rakyat terbanyak.

sumber
RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

Catatan popular daripada blog ini

TUTORIAL MENGISI BORANG CUKAI E FILLING LHDN STEP BY STEP

ANAK PELAT ATAU LAMBAT BERCAKAP? JANGAN RISAU AMALKAN TIPS INI