HANYA RAKYAT YANG MAMPU MENGUBAHNYA, TAPI MALANGNYA RAKYAT KITA...


Artikel TERBAHARU dari blog chedet, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, 20 Januari 2016.

TPP

1. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah membuat kenyataan bahawa selama dua tahun diperlukan bagi meminda 26 undang-undang agar bertepatan dengan keperluan TPP.

2. Ini pengakuan jelas bahawa TPP menghadkan kebebasan Malaysia untuk membuat undang-undang yg dianggap perlu untuk negara. Nampaknya undang-undang ini diluluskan oleh parlimen Malaysia kerana mereka menganggap perlu dan baik untuk negara. Tetapi sekarang mereka perlu meminda kerana TPP nampaknya lebih berkuasa dari parlimen yg dipilih dalam menentukan jenis undang-undang yg Malaysia perlu ada.

3. Dengan peluang yang sama undang-undang masa hadapan perlu dibahaskan di parlimen hendaklah menepati atau memenuhi peraturan yang ada di dalam TPP. Undang-undang yg menjaga hak dan bersesuaian dgn keperluan Malaysia masih tidak mencukupi. Keperluan terhadap TPP bakal melebihi dari keperluan Malaysia.

4. Malaysia bukanlah seperti ahli-ahli TPP yg lain. Kita punyai banyak sensitiviti kerana kepelbagaian bangsa, jurang ekonomi, kadar kemiskinan dan tahap pendapatan yang rendah. Untuk memperbetulkan masalah ekonomi, politik dan sosial, polisi dan undang-undang mestilah diadakan. Ini bertujuan untuk mengatasi masalah dalaman kita. Tetapi semua ini tidak mencukupi. Sekiranya ini tidak mematuhi syarat-syarat TPP, mungkin ia tidak diluluskan oleh Parlimen. Sebahagian daripada hak kebebasan kita akan terhakis. Keperluan untuk meminda 26 undang-undang sedia ada membawa kesan seperti di atas.

5. Apabila ada yang menentang TPP atau dikenali sebagai perjanjian perdagangan bebas mendakwa bahawa ianya bakal menggugat kedaulatan negara dan kebebasan untuk kepentingan diri sendiri, mereka dianggap sebagai beremosi. Tetapi sekarang sudah terang lagi bahawa TPP menghalang perjalanan hak perundangan, kebebasan asasi negara yang berdaulat.

6. Bapa-bapa pengasas negara kita telah bekerja keras untuk mencapai kemerdekaan; supaya kita dapat menguasai hal ehwal dan nasib diri sendiri dan sekarang pula kita mahu melepaskan hak dan kebebasan sedia ada demi tunduk dan patuh terhadap telunjuk TPPA.

7. Saya tidak ragu-ragu untuk menyatakan bahawa parlimen pak turut akan meluluskan TPP. Itulah bukti bahawa kita sedang bersiap sedia untuk menyerahkan diri kepada kuasa luar dan menyerahkan panji Merdeka yang telah diusahakan dengan susah payah oleh pemimpin terdahulu.

8. Benarlah wang itu raja.

http://chedet.cc/?p=1970

Catatan popular daripada blog ini

TUTORIAL MENGISI BORANG CUKAI E FILLING LHDN STEP BY STEP

ANAK PELAT ATAU LAMBAT BERCAKAP? JANGAN RISAU AMALKAN TIPS INI