AMARAN BUAT LELAKI, WANITA ITU MERUMITKAN


WAHAI SUAMI...ADAKAH ANDA BENAR-BENAR MEMAHAMI ISTERI ANDA

►Ramai para lelaki bertanya tentang soal wanita, ini berdasarkan pemerhatian sahaja, mari fahami perempuan dan wanita.

✔ SENSITIF
Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian. Apabila seseorang wanita menyatakan dia sedang bersedih tetapi tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis dalam hati.Mereka sangat sensitif soal cinta, dan untuk orang yang dia sayangi.

✔ CEREWET
Bukan bermaksud ‘fussy’ tidak tentu hala, kadang kala ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala. Ikutkan saja kemahuan mereka selagi mampu tetapi ingat jangan mengeluh tidak tentu pasal… ini boleh memburukkan lagi keadaan.

✔ HALUS
Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, lazimnya wanita akan ingat kesalahan itu untuk disimpan jadi pengajaran… bukan dendam.

✔ IKHLAS
Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui. Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati dan lelaki juga perlu ikhlas mencintai wanita.

✔ PERASAAN
Wanita suka jika sesekali orang yang disayangi membuat kejutan dengan memberi hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis. Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini, dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.

✔ PRIHATIN
Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam. Wanita juga mudah jatuh hati pada lelaki yang prihatin dengan selalu ambil berat mengenai mereka dan baik terhadapnya.

✔ MANJA
Walaupun dia adalah seorang wanita yang pandai berdikari, naluri mereka masih lagi tetap seorang wanita. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama lelaki, namun juga dengan orang lain seperti sahabat atau keluarga.

✔ EGO
Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai. Ini kerana apabila lelaki yang disukai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

✔ CINTA
Cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus. Apabila lelaki yang dicintainya pertama kali dalam diam memberikan tindak balas positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat.
Namun selepas ganggang telefon diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tidak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita itu!

✔ SEKS
Seks bukanlah segala-galanya buat wanita kerana wanita diciptakan dengan sembilan nafsu dan satu akal. Mereka mempunyai nafsu yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. Lelaki pula dijadikan dengan sembilan akal dan satu nafsu. Fungsi sebenar lelaki ialah membimbing wanita dan bukan menghanyutkannya.

✔ CEMBURU
Wanita dan cemburu tak dapat di pisahkan, mereka akan cemburu apabila orang yang dia sayang itu bercakap dengan orang lain (mungkin lebih cantik ) darinya. Bila kamu abaikan dia dan bercakap dengan orang lain dan mempedulikannya.

✔ SAYANG
Wanita ini lain sikit kalau dah sayang memang akan sayang sepenuhnya, mereka sangat menghargai lelaki yang menerima dirinya seadanya. Mereka sangat peka tentang soal perasaan ini.

Catatan popular daripada blog ini

TUTORIAL MENGISI BORANG CUKAI E FILLING LHDN STEP BY STEP

ANAK PELAT ATAU LAMBAT BERCAKAP? JANGAN RISAU AMALKAN TIPS INI