RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH 1/2 ekor ayam (basuh dan toskan) Bahan kisar 1 1/2sdb jintan manis 1 1/2 sdb biji ketumbar 1 1/2 bj bwg besar 6 ulas bwg putih Sebesar ibu jari halia Sebesar ibu jari lengkuas(kalo xde jgn ribut2 tp kurang sedap la) 3-4 btg serai 1/2 cawan air 1 sdb air asam jawa(pekat)(x nak letak pun xpe..sy letak😊) (Kisar semua bahan ini..jika banyak air..tapis buang airnya).. 1 paket kecil serbuk cili(kalo xde buh cili kering 5-6 tangkai kisar dgn bahan kisar yer) 2 sdb(membukit) serbuk kari daging @ ayam 3-4 sdb tepung beras 1/2 sdb garam(sy agak2 jer) 1/2 sdb gula (Satukan bahan ini dlm bahan kisar dan gaul sebati) Lumur semua bahan pd ayam..perap 30mnt-1 jam dlm peti sejuk Bolehlah digoreng..semasa menggoreng tabur daun kari...dah perang habuk2 tu bolehlah angkat dan toskan.. (SELAMAT MENCUBA) LIKE & SHARE
NIBONG TEBAL: Sebuah gerai yang dikendalikan oleh seorang penduduk di Kampung Sungai Buaya dekat Taman Rekreasi Bukit Panchor di sini popular di kalangan penduduk tempatan dan pelawat kerana beberapa jenis makanannya dijual pada harga RM1 semangkuk. Laksa dan hidangan berkuah lain, ais kacang dan pelbagai jenis minuman berkarbonat yang terdapat pada menu dan berharga RM1 itu hanya boleh diperolehi pelanggan apabila mereka berkunjung di Kedai Kak Na. Makanan tersebut dihidangkan seperti biasa, tanpa bahan-bahannya dikurangkan. Pemilik gerai, Mazlina Md Hashim, 32, berkata terdapat pelanggan yang memesan dua atau tiga mangkuk makanan untuk memenuhi selera mereka. Mazlina berkata dia tidak mempunyai sebab untuk menaikkan harga kerana dia hanya mahu mendapat sedikit keuntungan daripada perniagaannya. "Ramai pelanggan tanya saya kenapa saya jual makanan murah sangat ketika harga bahan-bahan mahal harganya. "Jawapan saya sentiasa sama 'supaya semua orang mampu'. "Jika...
Merungkai Mitos- Belimbing Buloh mengurangkan kuning pada bayi Kuning ataupun istilah perubatannya ‘Jaundice’ merupakan salah satu fenomena yg selalu berlaku kepada bayi. Ketika di dalam kandungan, sel darah merah berserta haemoglobin dihasilkan dengan lebih banyak berbanding bayi yang telah dilahirkan. Ini kerana keadaan di dalam rahim yang kekurang oksigen. Oleh itu, Kehadiran Haemoglobin yang banyak akan membuatkan bayi mendapat oksigen yg mencukupi. Apabila lahir, keadaan Haemoglobin yang tinggi ini tidak lagi diperlukan. Ini kerana organ paru-paru dapat membekalkan oksigen yang secukupnya kepada bayi yang telah lahir itu. Maka, haemoglobin yang berlebihan tadi akan diuraikan menjadi kompaun bilirubin. Kompaun bilirubin inilah yang menyebabkan kekuningan pada bayi. Penyingkiran kompaun bilirubin ini hanya melalui satu jalan sahaja iaitu menggunakan enzim yang terdapat di dalam hati. Apa-apa molekul lain yang mengganggu enzim ataupun membebankan hati akan mengganggu juga penyingkira...