KEPUTUSAN LIGA SUPER MALAYSIA
Selangor bangkit di Kangar, Kelantan sekadar seri dengan Terengganu
NEGERI Sembilan meneruskan rentak cemerlang aksi Liga Super apabila merampas takhta pendahulu dengan kemenangan kedua selepas menewaskan T-Team 3-1 di Stadium Tuanku Abd Rahman Paroi, malam tadi.
Skuad Rusa yang menewaskan Harimau Muda A 1-0 dalam perlawanan sulung Sabtu lalu diberi tentangan sengit oleh T-Team yang mengikat kedudukan 1-1 pada babak pertama, sebelum anak buah Wan Jamak Wan Hassan bangkit dengan dua gol pada babak kedua untuk membunuh sisa perjuangan T-Team.
Idris Karim muncul wira dengan dua gol pada minit ke-22 dan 67 manakala satu lagi gol dijaringkan Mohd Firdaus Azizul m-53, manakala gol tunggal T-Team dijaringkan Rosdi Talib pada minit ke-41 hasil tendangan sudut.
Di Stadium Sultan Mohd IV, Mohd Badhri Md Radzi meneruskan sentuhan berbisa awal musim apabila meledakkan gol keduanya tetapi ia tidak mencukupi buat Kelantan meneruskan rentak kemenangan apabila diikat 1-1 oleh Terengganu dalam pertembungan dua jiran Pantai Timur.
Mohd Badhri yang mengambil alih tugas kapten menggantikan Indra Putra Mahayuddin yang kini bersama T-Team, menampan masuk bola lintang Nurul Azwan Roya pada minit ke-35 tetapi ketua pasukan Terengganu, Mohd Marzuki Yusof menyamakan kedudukan pada minit ke-69.
Di Stadium Utama Negeri Kangar, Selangor bangkit daripada kekecewaan tewas 2-0 kepada Kelantan Sabtu lalu apabila Safee Sali dan Mohd Fitri Shazwan memanfaatkan kesilapan pertahanan tuan rumah Perlis untuk kemenangan 2-0.
Di Stadium KLFA Cheras, kesilapan penjaga gol Sabah, Azizon Kadir yang gagal menepis kemas percubaan Yong Kuong Yong pada minit ke-54 membolehkan Kuala Lumpur meraih tiga mata penuh menerusi kemenangan 1-0.
Di Stadium Darulaman, Kedah mencatat kemenangan pertamanya apabila menewaskan FELDA United 1-0 hasil sepakan penalti Baddrol Bakhtiar pada minit ke-61 selepas penjaga gol Hamsani Ahmad mengasari Azlan Ismail.
Di Stadium Perak, Akmal Rizal Ahmad Rakhli muncul wira tuan rumah apabila rembatan kencang yang terkena tiang dan menewaskan penjaga gol Mohd Anis Faron Arsidi membolehkan skuad Norizan Bakar mengatasi Johor FC 1-0.
Di Stadium Shah Alam, Harimau Muda A mencipta kemenangan pertama dengan mengejutkan Pahang 3-1.