MASALAH ANAK PELAT ATAU LAMBAT BERCAKAP. MUNGKIN TIPS INI BOLEH DIPRAKTIKKAN. Assalamualaikum & Selamat Petang kawan2.. Che'gu Is ada 1 benda nak share kat kawan2 semua tentang mengatasi masalah anak lambat bercakap atau susah nak menyebut sesuatu perkataan.. Tips #1: Tidak memandang rendah dengan kebolehan anak Jangan sesekali kita memandang rendah dengan kebolehan anak-anak. Kadang-kadang kita penat ajar anak dengan pelbagai perkataan, tapi mereka buat tak tahu je kan. Akan tetapi sampai satu masa mereka akan menyebut juga perkataan yang kita sering ulang-ulang tersebut. Di saat itu barulah kita rasa kagum dengan anak kita. Tips #2: Perbanyakkan kosa kata yang mesra bayi terlebih dahulu Kosa kata atau vocabulary perlu banyak dan harus mesra bayi. Maksudnya perkataan yang mereka mudah untuk sebut. Kebiasaaannya pada awalnya mereka hanya boleh menyebut perkataan yang mempunyai 1 atau 2 suku kata. Contohnya panggilan ibu dan ayah (mama, papa, umi), nak, tak nak, ma