Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2017

Resepi Kerabu Ala Thai Yang Sedap

Imej
RESEPI KERABU IKAN Bhn2: 2 ekor ikan goreng - ambil isi 1 biji timun - potong memanjang 1 biji tomato - hiris kecil 1 btg serai - hiris halus 3 btg cili padi - hiris 2 ulas bwg merah / besar - hiris nipis 3 biji limau nipis - ambil jusnya 1 kuntum bunga kantan - hiris halus Garam dan gula Sdkt kacang tanah tumbuk Cara2: - masukkan isi ikan ke dlm mangkuk, masukkan juga semua bhn hiris. - campurkan garam, gula dan jus limau nipis. - taburkan kacang grg kalau suka. - seeloknya kerabu ni disimpan kejap sebelum makan utk bg semua rasa sebati.. *Jemput share dan tag kawan2

Resepi Kerabu Kerang Ala Thai Yang Menyelerakan

Imej
Resipi Kerabu Kerang Ala Thai Bahan- Bahan 2 kilo kerang 10 batang cili api 3 biji limau nipis dibelah 4 2 biji tomato 2 sudu besar sos ikan 2 sudu besar air limau satang 2 inci belacan dibakar 1 genggam asam jawa jadikan 1 cawan jus asam jawa garam dan gula secukupnya Cara -Cara 1. Basuh kerang dan rebus kerang sehingga ada kerang yang terbukak sendiri 2. Buang air rebusan kerang dan segera letak ais dan air sejuk dari petis ais untuk elakkan kerang jadi kecut . Itupun antara tips untuk kerang nampak segar . Pastu buang separuh cengkerang dan gunakan separuh lagi yang berisi untuk dibuat kerabu 3. Hiris kasar cili api dan tomato 4. Satukan air asam jawa , belacan bakar , sos ikan , jus limau satang , cili api , tomato , garam dan gula dalam bekas yang sesuai 5. Gaulkan bersama kerang sehingga mesra 6. Akhir sekali perahkan limau nipis , campurkan sekali kulit limau dan gaul lagi sehingga sebati 7. Siap . Jemput share dan tag kawan2

Resepi Kerabu Sotong Ala Thai

Imej
Kerabu sotong ala Thai Bahan-bahan : 10 ekor sotong saiz kecil dan comel - buang dakwat dan rebus sekejap 2 ulas bawang merah - mayang 1/2 biji bawang besar holland - mayang 2 batang serai - mayang nipis 6 batang kacang panjang - potong nipis 2 biji tomato - potong dadu Cili besar @ cili padi - mayang 2 biji limau nipis sederhana besar - ambil jus Garam dan gula secukup rasa Cara-cara : 1) Potong bulat nipis-nipis sotong yang telah di rebus. 2) Campurkan semua bahan lain. Gaul sekata. 3) Siap untuk di hidangkan. share dan tag kawan2

Resepi Kerabu Udang

Imej
RESEPI KERABU UDANG BAHAN-BAHAN: 20 ekor udang | dibuang kulit dan urat belakangnya 2 biji tomato | dipotong 1 biji timun | dihiris nipis 1 cawan hirisan batang saderi 5 biji cili padi | dihiris nipis 2 biji jus limau nipis 2 sudu besar sos ikan atau sotong Sedikita hirisan daun ketumbar Gula secukup rasa *Pucuk paku jika mahu CARA MEMASAK: 1. Celur udang seketika dan toskan. 2. Dalam sebuah mangkuk besar, satukan sayuran dan udang. 3. Masukkan sos ikan, gula dan perahan jus limau nipis. Boleh ditambah kuantiti sos ikan, gula atau jus limau agar seimbang rasa masin, masam dan manisnya. 4. Tambah pucuk paku jika mahu 5. Gaul hingga rata dan hidangkan. Share resipi ini

Resepi Udang Masak Merah Yang Menyelerakan Untuk Berbuka Puasa

Imej
Menu untuk berbuka esok. Nak masak Malam ni pun boleh. 😍 UDANG MASAK MERAH Bahan-bahan: 1/2 kg udang basah (dibersihkan) 2-3 sudu makan cili kering kisar 5 biji bawang merah |dikisar 2 ulas bawang putih |dikisar 4cm halia |dikisar 1 batang serai |diketuk 3 sudu makan sos cili 1 sudu makan sos tomato 1 sudu makan sos tiram garam dan gula secukupnya 1 biji bawang besar |dimayang CARA MEMASAK 1. Tumiskan bahan-bahan kisar dan serai sehingga terbit bau. 2. Masukkan sos tiram, sos cili, dan sos tomato. 3. Tambahkan sedikit air dan kacau perlahan. 4. Masukkan udang,bawang besar, cili merah dan sedikit air. 5. Kacau rata-rata. Perasakan dgn garam dan gula secukupnya. #majalahrasa #rasashare #resipi #udangmasakmerah #food #recipe

Taktik Samun Terbaru Di Pulau Pinang, Warga Perlu Berhati-Hati

Imej
Kejadian petang tadi di Taman Air Tawar Indah, Teluk Air Tawar, Pulau Pinang 23/5/17 anggaran selepas Asar. Tengah urut baby, dengar orang lelaki bagi salam... dengar suara jauh macam luar pagar lah. Masa ni memang tak kuasa nak hendap kat tingkap sebab bulan lepas dah pernah intai ada orang lelaki dok bagi salam macam minta derma.. Tengah sibuk siapkan baby, dengar lagi suara tadi bagi salam tapi kuat sangat macam dah ada depan pintu rumah kat dalam. Rasa tak sedap hati memang tak berani nak jenguk ke luar, cuma jalan ke pintu nak ambik baju baby dalam bakul. Sampai kat pintu dengar bunyi air kuat macam hujan.... buat taktau jugak lah.. Elok bak balik dia tanya siapa bukak air kat luar, paip rumah sebelah pun sama. Padahal pintu pagar depan berkunci, rumah sebelah pun berkunci! Paip air memang dia bukak penuh air paling kuat. Macam taktik nak suruh orang keluar rumah untuk tutup air tu kan? Persoalannya dia panjat pagar nak bukak paip tu? Sebab nak capai daripada luar memang tak bole

Resepi Roti John Homemade Cheese Melekit

Imej
Assalamualaikum dan selamat pagi 😍 Pagi ni, kita sarapan roti john homemade.puas makan.daging lebih, telor lebih, cheese lebih..semua pun lebih...hik3 Resepi simple je.saya share kat bawah ye 😊 UNTUK INTI : 1/2 keping daging hancur 1 biji bawang besar - chop halus 2 ulas bawang putih - chop halus 2 sudu besar serbuk kari Sedikit white pepper Garam dan gula secukup rasa Tumis bawang sampai garing.masukkan serbuk kari.masukkan white pepper.kacau2 jap. Masukkan daging.biar hingga daging masak dan air daging kering. Perisakan garam dan gula. 4biji telor - pecahkan dalam mangkuk dan campurkan daging yang telah dimasak tadi. **kalau suka.boleh campur sayur kobis atau carrot lagi sedap. 4 batang roti frankfurter Mozarella cheese Panaskan non-stick pan.letak butter sikit.masukkan telor tadi.lepastu tabur mozarella cheese. Terus tekapkan roti frankfurter.biar hingga telor garing. Angkat roti dan letak sos+mayonis. Dah siap roti john kitaaaa...yeayyy!!! 😄 Jom makan 😋 #alhamdulillah #rotijohn

Resepi Roti Butter Golok Viral

Imej
Roti butter golok yg duk hangat sekrg ni..... memang sedp (y) (y) .. Harga pun murah seringgit jer seketul... Cara buat pun mudah..janji rajin ... ;) Pic ehsan dr rakan2 fb... ROTI BUTTER GOLOK VIRAL Bahan 1 Cawan air suam 1 Peket yis 4 Sudu gula 2 Sudu susu pekat 2 sudu planta 3 1/2 cawan tepung 1 biji telur Caranya 1. Campurkan yis dan air , biarkan yis rehat dan berbuih 2. Telur dipukul sedikit 3. Campurkan susu pekat, gula , planta dan telur ke dalam bekas berisi tepung. kacau sebati 4. Curah bancuhan yis sedikit-sedikit ke dalam tepung tadi ( Ikut pada keperluan tepung, ada masa tak perlu guna kesemua air bancuhan yis tadi. Asalkan uli menjadi doh yang lembut dan tidak melekat ditangan dah ok) 5. Rehatkan dalam sejam atau sehingga doh kembang 2 kali ganda. 6. Kemudian tumbuk2 doh yang sudah kembang tadi dan uli hingga cantik licin 7. Boleh lah dibentuk dan diletakkan dalam bekas 8. Rehatkan doh sekali lagi. Biar naik 2 kali ganda 9. Bakar menggunakan api atas dan bawah lebih kur

Resepi Ayam Goreng Hot Spicy KFC

Imej
AYAM GORENG KFC (HOT SPICY) Bahan-bahan : (Perap untuk 1-2 jam) √ 1 ekor ayam potong √ 7 ulas bawang putih tumbuk √ 3 sudu besar serbuk cili √ 1 sudu serbuk kari ayam √ 3 sudu serbuk pasti sedap √ sedikit soda bikarbonat √ sedikit garam √ sedikit air Bahan-bahan : (Tepung Salut) √ 2 cawan tepung jagung √ 3 cawan tepung ubi √ 1/2 cawan tepung gandum √ 1 sudu serbuk cili (atas citarasa masing-masing) √ sedikit garam √ sedikit serbuk lada hitam √ sedikit serbuk lada putih √ sedikit serbuk bawang putih √ sedikit serbuk five spice √ sedikit serbuk oregano √ sedikit serbuk thyme √ sedikit soda bikarbonat √ 1biji telur Cara-cara: 1. Perap ayam 1-2 jam dengan bahan-bahan perapan tadi. 2. Gaul ayam selama 3 min bersama bahan-bahan tepung salut. 3. Selepas itu pukul telur ,golek ayam dalam telur, supaya senang tepung nak lekat pada ayam. 4. Selepas itu gaul selama 3 min bersama tepung salut. Pastikan gaul sehingga terdapat keringtingan pada kulit ayam tersebut. 5. Goreng ayam dalam periuk, biar

Resepi Rendang Ayam Cili Padi, Menu Berbuka Puasa

Imej
RENDANG AYAM CILI PADI Bahan-bahan: 10 ketul ayam 15 biji cili api - separuh saya blend dan separuh lagi saya biarkan untuk digaul dengan ayam 2 batang serai 2 inci halia 2 inci lengkuas 2 inci kunyit hidup 3 labu bawang besar Garam secukup rasa 2 helai daun kunyit - dihiris Semangkuk kecil santan pekat - jika kurang boleh tambah lagi Sedikit gula Serbuk perasa Cara: 1. Blend cili, serai, halia, lengkuas, kunyit hidup serta 2 labu bawang besar. 2. Masukkan kesemua bahan-bahan mesin tadi ke dalam kuali. 3. Masukkan ayam masak sehingga kering, masukkan santan. 4. Masukkan garam, gula serta serbuk perasa. Kacau hingga kering dan pecah minyak. 5. Masukkan hirisan daun kunyit, suaikan rasanya dan siap untuk dihidang. kredit resepi : tidak dapat dikesan,jika ini resepi anda mohon jasa baik untuk pm page,untuk admin masukkan nama anda sebagai kredit resepi..terima kasih :)