Suami Diberi Makan Darah Haid, Isteri Menjadi Katak Yang Hodoh
Kisah Benar Isteri Beri Suami Makan Air Mani Dan Darah Haid Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya sudah lebih Tujuh tahun sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya Merasa terlalu seronok. “Eh, makin kurus nampak. Diet ke?” kata saya setelah mempersilakannya Duduk. “Tak adalah. biasa la cikgu, kan sekarang ni macam-macam kerja. Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah. badan gemuk pun boleh jadi Tinggal tulang,” balas Arifin. “Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh. Seluar pun longgar,” Tambah Arifin sambil menarik lengan baju untuk menunjukkan betapa Kurusnya dia dan besarnya baju yang di pakai. Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya Arifin tentang hajatnya datang menemui saya. Yalah, tiba-tiba saja Muncul, pasti ada hajat yang hendak di sampaikan. “Orang rumah saya sakitlah, ustaz”, kata Arifin. “Patutlah aku tengok engkau lain macam aja tadi. Ketawa pun hen