MY FIRST TIME: MAHASISWA DENGAN SUAMI ORANG DI BULAN PUASA
Seorang lelaki yang masih berstatus ‘suami orang’ dikenakan denda RM3,000 atau enam bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan jumlah denda berkenaan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, selepas ditahan bersama pasangannya dalam keadaan mengaibkan di sebuah rumah tumpangan. Manakala pasangannya yang masih menuntut di sebuah pusat pengajian tinggi dikenakan denda RM2,950 atau enam bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan. Hukuman itu diputuskan selepas Rozali Mohd, 37, bersama pasangannya Che Noor Aziemah Che Zainal Abidin, 23, mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 iaitu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah. Rozali yang bekerja sebagai pemandu bersama pasangannya mengaku salah melakukan satu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah di dalam sebuah bilik di sebuah rumah tumpangan di Tok Jembal, di sini, jam 11.